Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  Kerajaan PH perlu henti salahkan kerajaan lama, kata Daim  
 
 

Thursday, 08 November 2018

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Kerajaan Pakatan Harapan perlu memberi tumpuan kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan melupakan apa yang berlaku pada masa lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata, apa yang berlaku pada masa lalu adalah sejarah dan pentadbiran baharu perlu berhenti menyalahkan kerajaan sebelum ini yang memerintah selama 61 tahun.

"Enam bulan sudah cukup. Kini, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada menunaikan janji. Rakyat tahu apa yang berlaku dan itulah sebabnya mereka mengundi untuk menyingkirkan  kerajaan terdahulu. Oleh itu, adalah penting bagi mereka untuk tidak mengulangi kepimpinan (kesilapan) yang sama," katanya kepada pemberita di Siri Persidangan Affin Hwang Capital 2018 di sini, hari ini.

Daim berkata, kerajaan harus berusaha untuk memulihkan keyakinan di kalangan pelabur untuk menarik mereka kembali ke negara ini.

Beliau berkata, 9 Mei menyediakan peluang keemasan kepada Malaysia di mana setiap orang secara bersama menentang kleptokrasi dan berjuang untuk kebebasan bersuara, keadilan untuk semua, ketelusan dan akauntabiliti.

"Dalam tempoh enam bulan yang lalu, kerajaan telah jelaskan apa yang perlu dilakukan dan telah mengambil pelbagai langkah kecil dan besar, bagaimanapun destinasi kita masih jauh," katanya.

Daim menggesa rakyat Malaysia memberi sedikit masa kepada kerajaan yang diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinetnya, yang bekerja keras untuk mereformasi ekonomi, yang merupakan perkara paling penting untuk dilakukan sekarang.

"Orang ramai tidak sabar, mereka mengundi untuk perubahan dan mahu melihat keputusan dengan segera. Janji telah dibuat tetapi apabila kerajaan mengambil alih, tiba-tiba mendapati bahawa perbendaharaan itu kosong.

"Bagaimana mereka akan memenuhi janji-janji itu? Jadi ia akan mengambil masa," katanya.

Ahli perniagaan kelahiran Kedah, ahli politik dan bekas Menteri Kewangan yang bersara 20 tahun yang lalu itu berkata, beliau bersyukur kerana beliau telah bersara.

"Saya tidak mahu berada di kedudukan itu, sebab itu saya bersara," katanya.

Diminta mengulas mengenai Belanjawan 2019, beliau berkata, ia sejajar dengan perjalanan Malaysia baharu.

Pada 2 Nov, Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2019 dengan peruntukan sebanyak RM314.5 bilion, peningkatan sebanyak RM24.1 bilion berbanding RM290.4 bilion dalam Belanjawan 2018, manakala Belanjawan 2017 diperuntukkan RM260 bilion.

Daim menegaskan bahawa kawalan modal mungkin tidak berfungsi untuk Malaysia sekarang kerana keadaan pasaran telah berubah, berbanding krisis kewangan Asia 1997-1998.

"Dasar yang sama tidak akan berfungsi hari ini dan saya menasihat kerajaan untuk tidak melaksanakan kawalan modal sekarang," katanya.

Daim berkata, pengumuman dividen khas Petronas RM30 bilion yang diumumkan dalam belanjawan baru-baru ini tidak akan menjadi masalah kerana syarikat minyak negara mampu membuat pembayaran itu kepada kerajaan.

-- BERNAMA



 
 
 
 
   
 
 

Mahathir's Malaysia Is Bouncing Back

Saturday, 03 November 2018

By M. Saraswathi
KUALA LUMPUR, Nov 3 (Bernama) – As I randomly picked ‘The Economist’ today and flipped through its pages, an advertisement beamed with pride: “Malaysia: Bullish on Bouncing Back”.

...
 

Fauziah Mahu Giatkan Seni Lukisan Batik Untuk Kanak-kanak

Wednesday, 17 October 2018

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Menyaksikan hasil lukisan Fauziah Yahya di ruang lobi sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini, apa yang terlintas di fikiran adalah ‘hiasan untuk bilik nurseri.’

Sembilan ekor ‘keluarga’ comel kucing berwarna-warni dilukis sedang tergolek bersantai memandang...



Kesucian Al-Quran Diutamakan Di Nasyrul Quran

Tuesday, 16 October 2018

Oleh Salbiah Said

PUTRAJAYA (Bernama) -- Bukan mudah untuk mengekalkan kedudukannya sebagai kilang percetakan al-Quran yang kedua terbesar di dunia, selepas Madinah, Arab Saudi.

...
 

Fatty Liver: Are Prescribed Medications The Culprit?

Monday, 15 October 2018

(Last of a Two-Part Interview)

By Salbiah Said

PETALING JAYA, Oct 15 (Bernama) -- There are currently no medications approved specifically for the treatment of fatty liver, doctors say.

...

 
 
 
 
 
 
Issue 234   Issue 232
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


Courageous, visionary leadership needed now more than ever - Sultan Nazrin Shah

KL -- The Sultan of Perak, Sultan Nazrin Shah, today emphasised the importance of having courageous and visionary leadership, saying it is something needed now more than ever. He said...

   

Laluan alternatif atasi kesesakan di Cameron Highlands dalam kajian

KL -- Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji untuk membangunkan jalan pintasan Cameron Highlands sebagai laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas serius di daerah itu khasnya semasa musim cuti.

...
 
..full news     ..berita penuh
 
 
     
FAQClose

No

BERNAMA.com Xtra

BERNAMA PLUS

1

What is BERNAMA.com Xtra?

What is BERNAMA PLUS?

BERNAMA.com Xtra is a subscription based service that gives you full access to all BERNAMA.com contents. 

BERNAMA PLUS is subscription based service that gives you full access to selected BERNAMA.com contents

2

What content is available in BERNAMA.com Xtra?

What content is available in      BERNAMA PLUS?

Subcribers will be able to read all news and articles generated by BERNAMA in both Bahasa Melayu and English. News are available in the following categories:

  • Headlines
  • Top Story
  • General News
  • Politics
  • Business
  • Sports
  • Features
  • World News

Subscribers will be able to read:

  • Exclusive articles focusing on social, economic and environmental issues, latest technology, trends, fashion and entertainment, including health and wellness tips.
  • Newsbriefs@7 containing snippets of selected top stories of the day, released at 7.00 p.m. daily

 

  • Malaysia e-Biz, a weekly business bulletin which provides snippets of selected business news, events and announcements, including market reports and analyses. A Malaysia e-Biz archive is also available.

Stories and articles are enriched with high resolution photos, video footages, infographics and links to related news.

3

How many devices can I access simultaneously?

One subscriber ID is good for single access; you cannot use it on more than one device simultaneously. You need to log out before login on another device. For security purposes the system will automatically logout if the page remain idle for 30 minutes.

4

How do I subscribe for     BERNAMA.com Xtra?

How do I subscribe for             BERNAMA PLUS?

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

5

Do I need to pay for the registration/subscription?

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA.com Xtra.  Click here for available packages.

BERNAMA.com Xtra:

  • Corporate – RM50/month or RM600/year
  • Individual – RM25/month or RM300/year

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA PLUS.  Click here for available packages.

BERNAMA PLUS:
Individual/Corporate

  • RM5/week
  • RM10/month
  • RM120/year

6

Will there be a GST charge for the subscription?

No. (Zero GST)

7

How do I register if I do not have an e-mail address?

You need to have a verified e-mail address in order to register as a member.

8

How soon will I be able to access the service?

You can access the service upon successful registration and payment.

9

Can I change the e-mail address used for my registration?

Your e-mail address will be used as your login ID.  If you need to change your e-mail address, you have to renew you registeration using your preferred e-mail address after your current subscription expires.

10

What can I do if I have problem regarding subscription/registration?

Please call our Customer Service Number at +603-2696 21047, +603-2050 4470 and +603-2059 4683 or e-mail: subscribe@bernama.com for assistance