Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  Penggunaan tenaga diperbaharui bermula dengan pendidikan - SEDA Malaysia  
 
 

Thursday, 08 November 2018

GEORGE TOWN, 8 Nov (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia menegaskan pendidikan tentang tenaga diperbaharui (RE) untuk rakyat Malaysia perlu dijadikan sebagai langkah pertama ke arah penggunaan tenaga lestari di negara ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SEDA Malaysia Dr Wei-Nee Chen berkata walaupun kesedaran dan pengetahuan tentang  RE di Malaysia telah meningkat sejak beberapa tahun ini, ia masih berlum dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan lain.

Beliau memetik laporan penyelidikan Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberi amaran bahawa manusia hanya mempunyai 12 tahun untuk mengehadkan bencana perubahan iklim.

“Isu perubahan iklim dan keselamatan tenaga bukan hanya terletak pada kerajaan, tetapi orang ramai juga berpeluang untuk turut terbabit dalam menyelamatkan alam sekitar kita.

“Oleh itu, kami (SEDA Malaysia) menjalin kerjasama dengan pemain industri dan NGO untuk menyebarluaskan pengetahuan  RE kepada orang ramai dan menerima pakainya, dengan harapan orang ramai turut terbabit sama,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu,  Chen dan Ahli Lembaga SEDA Tan Sri Ahmad Zaidee Laidin menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara  Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan Persatuan Industri Fotovolta Malaysia (MPIA), yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif MBOT Mohd Nazrol Marzuke dan Presiden MPIA Chin Soo Mau.

Menerusi  MoU itu, MBOT akan menyediakan program pengiktirafan kepada ahli MPIA yang berkelayakan untuk menjadi Teknologis Profesional bertauliah, dalam bidang kepakaran sistem fotovolta (PV).

Sementara itu,  Chen turut memperkenalkan sistem Net Energy Metering (NEM) yang dinaik taraf untuk menggalakkan pelanggan Tenaga National Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menggunakan sistem solar PV dalam sektor domestik, komersial dan industri di seluruh Malaysia.

Beliau menjelaskan bil elektrik bulanan di bawah sistem NEM akan dikira berdasarkan penggunaan bersih elektrik  (TNB atau SESB) ditolak penjanaan tenaga daripada sistem solar PV, didarap dengan tarif elektrik runcit.

“Sistem NEM baharu ini bukan sahaja menyumbang ke arah mencapai sasaran Tenaga Diperbaharui Malaysia sebanyak dua peratus sehingga 20 peratus menjelang tahun 2025, tetapi bil elektrik  pelanggan TNB dan SESB juga lebih murah jika memasang sistem solar PV,” katanya dan menurutnya sistem NEM baharu ini akan berkuat kuasa Januari tahun depan.

SEDA Malaysia ialah sebuah badan statutori yang melapor kepada  Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan ditubuhkan sejak September 2011 di bawah Akta SEDA  2011 (Act 726) dengan objektif untuk memacu agenda tenaga diperbaharui yang efisien di negara ini.

-- BERNAMA



 
 
 
 
   
 
 

Mahathir's Malaysia Is Bouncing Back

Saturday, 03 November 2018

By M. Saraswathi
KUALA LUMPUR, Nov 3 (Bernama) – As I randomly picked ‘The Economist’ today and flipped through its pages, an advertisement beamed with pride: “Malaysia: Bullish on Bouncing Back”.

...
 

Fauziah Mahu Giatkan Seni Lukisan Batik Untuk Kanak-kanak

Wednesday, 17 October 2018

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Menyaksikan hasil lukisan Fauziah Yahya di ruang lobi sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini, apa yang terlintas di fikiran adalah ‘hiasan untuk bilik nurseri.’

Sembilan ekor ‘keluarga’ comel kucing berwarna-warni dilukis sedang tergolek bersantai memandang...



Kesucian Al-Quran Diutamakan Di Nasyrul Quran

Tuesday, 16 October 2018

Oleh Salbiah Said

PUTRAJAYA (Bernama) -- Bukan mudah untuk mengekalkan kedudukannya sebagai kilang percetakan al-Quran yang kedua terbesar di dunia, selepas Madinah, Arab Saudi.

...
 

Fatty Liver: Are Prescribed Medications The Culprit?

Monday, 15 October 2018

(Last of a Two-Part Interview)

By Salbiah Said

PETALING JAYA, Oct 15 (Bernama) -- There are currently no medications approved specifically for the treatment of fatty liver, doctors say.

...

 
 
 
 
 
 
Issue 234   Issue 232
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


Courageous, visionary leadership needed now more than ever - Sultan Nazrin Shah

KL -- The Sultan of Perak, Sultan Nazrin Shah, today emphasised the importance of having courageous and visionary leadership, saying it is something needed now more than ever. He said...

   

Laluan alternatif atasi kesesakan di Cameron Highlands dalam kajian

KL -- Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji untuk membangunkan jalan pintasan Cameron Highlands sebagai laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas serius di daerah itu khasnya semasa musim cuti.

...
 
..full news     ..berita penuh
 
 
     
FAQClose

No

BERNAMA.com Xtra

BERNAMA PLUS

1

What is BERNAMA.com Xtra?

What is BERNAMA PLUS?

BERNAMA.com Xtra is a subscription based service that gives you full access to all BERNAMA.com contents. 

BERNAMA PLUS is subscription based service that gives you full access to selected BERNAMA.com contents

2

What content is available in BERNAMA.com Xtra?

What content is available in      BERNAMA PLUS?

Subcribers will be able to read all news and articles generated by BERNAMA in both Bahasa Melayu and English. News are available in the following categories:

  • Headlines
  • Top Story
  • General News
  • Politics
  • Business
  • Sports
  • Features
  • World News

Subscribers will be able to read:

  • Exclusive articles focusing on social, economic and environmental issues, latest technology, trends, fashion and entertainment, including health and wellness tips.
  • Newsbriefs@7 containing snippets of selected top stories of the day, released at 7.00 p.m. daily

 

  • Malaysia e-Biz, a weekly business bulletin which provides snippets of selected business news, events and announcements, including market reports and analyses. A Malaysia e-Biz archive is also available.

Stories and articles are enriched with high resolution photos, video footages, infographics and links to related news.

3

How many devices can I access simultaneously?

One subscriber ID is good for single access; you cannot use it on more than one device simultaneously. You need to log out before login on another device. For security purposes the system will automatically logout if the page remain idle for 30 minutes.

4

How do I subscribe for     BERNAMA.com Xtra?

How do I subscribe for             BERNAMA PLUS?

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

5

Do I need to pay for the registration/subscription?

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA.com Xtra.  Click here for available packages.

BERNAMA.com Xtra:

  • Corporate – RM50/month or RM600/year
  • Individual – RM25/month or RM300/year

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA PLUS.  Click here for available packages.

BERNAMA PLUS:
Individual/Corporate

  • RM5/week
  • RM10/month
  • RM120/year

6

Will there be a GST charge for the subscription?

No. (Zero GST)

7

How do I register if I do not have an e-mail address?

You need to have a verified e-mail address in order to register as a member.

8

How soon will I be able to access the service?

You can access the service upon successful registration and payment.

9

Can I change the e-mail address used for my registration?

Your e-mail address will be used as your login ID.  If you need to change your e-mail address, you have to renew you registeration using your preferred e-mail address after your current subscription expires.

10

What can I do if I have problem regarding subscription/registration?

Please call our Customer Service Number at +603-2696 21047, +603-2050 4470 and +603-2059 4683 or e-mail: subscribe@bernama.com for assistance