Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  Penurunan harga barang lepas GST kadar sifar sangat rendah  
 
 

Thursday, 12 July 2018

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Penurunan harga barangan yang rendah menjadi punca rakyat masih belum merasai sepenuhnya pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar sejak 1 Jun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata harga barangan dilihat kekal kerana penurunan harga hanya bermula dari 0.04 hingga 13 peratus dan melibatkan 70 peratus daripada 417 barangan basah, kering, keperluan bayi dan lain-lain.

"Sebenarnya kenaikan tidak berlaku tetapi jumlah penurunan harga barangan itu sangat kecil, ia tidak mencapai 30 hingga 40 peratus."



Datuk Saifuddin Nasution (Gambar fail Bernama)

"Apabila kita semak aduan, terdapat dua kategori yang paling besar iaitu harga tidak berubah dan harga meningkat?daripada 10 aduan yang diterima lima daripadanya berkaitan makanan dan minuman di restoran, kedai makan serta medan selera," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu Program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bekas menteri Tan Sri Rais Yatim serta beberapa persatuan pengguna mengenai aduan orang ramai iaitu tiada perubahan pada kebanyakan barangan selepas pelaksanaan GST pada kadar sifar.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata harga makanan dan minuman turun di premis restoran makanan segera, namun tidak di restoran India Muslim atau kedai 'mamak' yang masih mengekalkan, malah ada yang menaikkan harga.

"Jumlah kedai mamak itu agak besar bilangannya sebanyak 10 ribu restoran dan pegawai KPDNHEP membandingkan harga dengan restoran makanan segera dan ia menunjukkan penurunan agak ketara di restoran makanan segera tetapi tidak di kedai mamak."

"Memang berlaku rampasan dan sebagainya tetapi pegawai kita ambil pendekatan memberi nasihat dan amaran agar tidak diulangi sebelum tindakan undang-undang diambil kerana kita tidak mahu menjejaskan mata pencarian sesiapa tetapi jangan memangsakan pengguna," katanya.

Dalam pada itu, Anggota Parlimen Kulim Bandar Bharu itu berkata beliau bercadang mahu memaparkan sampel kajian tinjauan harga barangan daripada pegawainya secara terus ke laman sesawang KPDNHEP.

"Saya tidak mahu bina hijab atau dinding dengan rakyat mengenai penemuan tinjauan, kita nak kongsi dengan rakyat dari segi fakta dan barangkali saya kena 'create' (cipta) rangkaian khas yang menyatakan hasil tinjauan di setiap premis barangan, biar rakyat boleh akses terus untuk tengok," katanya.

-- BERNAMA



 
 
 
 
   
 
 

Lawatan Dr M ke China mampu tingkatkan eksport minyak sawit

Monday, 16 July 2018

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China pada Ogos mampu membuka peluang yang tepat pada masanya untuk meningkatkan eksport minyak sawit kepada ekonomi kedua terbesar di dunia itu....
 

Jemaah diingat tidak bawa terlalu banyak wang tunai dari Malaysia

Monday, 16 July 2018

Daripada Zarul Effendi Razali

MADINAH, 16 Julai (Bernama) -- Jemaah haji Malaysia diingatkan untuk tidak membawa jumlah tukaran wang riyal terlalu banyak bersama semasa berlepas ke tanah suci dari Kuala Lumpur....


Dakwa lantikan Speaker Dewan tidak ikut syarat 14 hari, pembangkang keluar Dewan

Monday, 16 July 2018

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama beberapa anggota Barisan Nasional serta PAS bertindak keluar dari Dewan Rakyat pagi ini sebagai tanda bantahan dan menolak proses pelantikan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai...
 

Dewan Rakyat mula bersidang hari ini

Monday, 16 July 2018

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 akan memulakan mesyuarat pertamanya hari ini, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan Pakatan Harapan membentuk kerajaan baharu....

 
 
 
 
 
 
Issue 215   Issue 213
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


Health Ministry's Blood Donors Aiming For Three Per Cent Increase

KUALA TERENGGANU -- The Health Ministry is targeting an increase in the number of permanent blood donors in Malaysia to three per cent within a period of five years compared...

   

KKM sasar peningkatan tiga peratus penderma darah

KUALA TERENGGANU -- Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan jumlah penderma darah tetap di negara ini meningkat kepada tiga peratus dalam tempoh lima tahun berbanding 2.2 peratus ketika ini. Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad...

 
..full news     ..berita penuh
 
 
     
FAQClose

No

BERNAMA.com Xtra

BERNAMA PLUS

1

What is BERNAMA.com Xtra?

What is BERNAMA PLUS?

BERNAMA.com Xtra is a subscription based service that gives you full access to all BERNAMA.com contents. 

BERNAMA PLUS is subscription based service that gives you full access to selected BERNAMA.com contents

2

What content is available in BERNAMA.com Xtra?

What content is available in      BERNAMA PLUS?

Subcribers will be able to read all news and articles generated by BERNAMA in both Bahasa Melayu and English. News are available in the following categories:

  • Headlines
  • Top Story
  • General News
  • Politics
  • Business
  • Sports
  • Features
  • World News

Subscribers will be able to read:

  • Exclusive articles focusing on social, economic and environmental issues, latest technology, trends, fashion and entertainment, including health and wellness tips.
  • Newsbriefs@7 containing snippets of selected top stories of the day, released at 7.00 p.m. daily

 

  • Malaysia e-Biz, a weekly business bulletin which provides snippets of selected business news, events and announcements, including market reports and analyses. A Malaysia e-Biz archive is also available.

Stories and articles are enriched with high resolution photos, video footages, infographics and links to related news.

3

How many devices can I access simultaneously?

One subscriber ID is good for single access; you cannot use it on more than one device simultaneously. You need to log out before login on another device. For security purposes the system will automatically logout if the page remain idle for 30 minutes.

4

How do I subscribe for     BERNAMA.com Xtra?

How do I subscribe for             BERNAMA PLUS?

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

5

Do I need to pay for the registration/subscription?

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA.com Xtra.  Click here for available packages.

BERNAMA.com Xtra:

  • Corporate – RM50/month or RM600/year
  • Individual – RM25/month or RM300/year

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA PLUS.  Click here for available packages.

BERNAMA PLUS:
Individual/Corporate

  • RM5/week
  • RM10/month
  • RM120/year

6

Will there be a GST charge for the subscription?

No. (Zero GST)

7

How do I register if I do not have an e-mail address?

You need to have a verified e-mail address in order to register as a member.

8

How soon will I be able to access the service?

You can access the service upon successful registration and payment.

9

Can I change the e-mail address used for my registration?

Your e-mail address will be used as your login ID.  If you need to change your e-mail address, you have to renew you registeration using your preferred e-mail address after your current subscription expires.

10

What can I do if I have problem regarding subscription/registration?

Please call our Customer Service Number at +603-2696 21047, +603-2050 4470 and +603-2059 4683 or e-mail: subscribe@bernama.com for assistance