Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  Dr Mahathir Menteri Pelajaran, Dr Wan Azizah Menteri Hal Ehwal Wanita Dan Kebajikan  
 
 

Thursday, 17 May 2018

PETALING JAYA, 17 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan beliau akan memegang portfolio Menteri Pelajaran dalam kabinet baharu kerajaan.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di sini, beliau turut mengumumkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR yang dinamakan timbalan perdana menteri, akan diberi portfolio Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.

Sebelum ini, Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai Menteri Dalam Negeri, setiausaha agung DAP LIm Guan Eng sebagai Menteri Kewangan manakala presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.



Mengulas penamaan beliau bagi menerajui kementerian itu, Dr Mahathir berkata: "Saya memegang portfolio pendidikan oleh kerana terdapat ramai orang yang kurang berpendidikan di negara ini dan kami perlu menumpukan perhatian ke arah itu. Tambahan pula, cara pendidikan kita juga sudah ketinggalan zaman dan kita memerlukan cara baharu pengajaran dengan menggunakan komputer serta teknologi lain."

Berdasar pengumuman itu, dua kementerian khas untuk pelajaran yang diwujudkan sebelum ini iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi akan disatukan buat sementara waktu sebagai Kementerian Pelajaran.

Menurut Dr Mahathir, kesemua menteri yang dilantik setakat ini termasuk lapan menteri yang akan diumumkan dalam minggu ini akan mengangkat sumpah sebagai menteri pada Isnin depan.

"Kami akan cuba mendapatkan 13 menteri mengangkat sumpah pada Isnin (21 Mei) jika Istana berkenan," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kelewatan pengumuman baki menteri yang lain, Mahathir berkata pemilihan menteri memerlukan pertimbangan yang terperinci.

"Kita mempunyai empat parti dalam PH dan setiap parti mempunyai keinginan memegang Kementerian tertentu dan ada juga yang bertindih. Oleh itu kita memerlukan masa lagi untuk menentukan individu yang sesuai yang akan pegang kementerian tertentu," katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menegaskan tidak akan ada unsur nepotisme dalam pemilihan anggota kabinet.

-- BERNAMA

 
 
 
 
   
 
 

Perdana Menteri setuju pasukan khas siasat 1MDB dibentuk

Monday, 21 May 2018

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Satu Pasukan Khas Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibentuk bagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes syarikat pembangunan strategik itu, kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.

...
 

Najib mesti hadir beri keterangan kepada SPRM esok - Azam Baki

Monday, 21 May 2018

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sekiranya gagal hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya esok untuk membantu siasatan berhubung kes...


Polis Kedah buka 37 kertas siasatan PRU14

Monday, 21 May 2018

ALOR SETAR, 21 Mei (Bernama) -- Polis Kedah membuka 37 kertas siasatan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bermula dari hari penamaan calon pada 28 April lepas hingga hari pengundian pada 9 Mei lepas....
 

Penjawat awam Melaka distruktur semula - Ketua Menteri

Monday, 21 May 2018

MELAKA, 21 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri Melaka akan menstruktur semula kedudukan penjawat awamnya dalam usaha memastikan keberkesanan perkhidmatan kerajaan negeri serta agensi dibawahnya kepada rakyat, kata Ketua Menteri Adly Zahari....

 
 
 
 
 
 
Issue 210   Issue 208
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


Students' data collection centre in Kulim/Bandar Baharu Soon

KULIM -- A data collection centre which will compile the profile of students in all educational institutions in the Kulim-Bandar Baharu district will be set up soon, said its member...

   

Piala Thomas: Malaysia tundukkan Rusia 5-0

BANGKOK -- Malaysia memulakan kempen Piala Thomas dengan langkah kanan apabila  membenam Rusia 5-0 dalam saingan peringkat Kumpulan D di Impact Arena, di sini hari ini. Mata pertama Malaysia diperolehi...

 
..full news     ..berita penuh
 
 
     
FAQClose

No

BERNAMA.com Xtra

BERNAMA PLUS

1

What is BERNAMA.com Xtra?

What is BERNAMA PLUS?

BERNAMA.com Xtra is a subscription based service that gives you full access to all BERNAMA.com contents. 

BERNAMA PLUS is subscription based service that gives you full access to selected BERNAMA.com contents

2

What content is available in BERNAMA.com Xtra?

What content is available in      BERNAMA PLUS?

Subcribers will be able to read all news and articles generated by BERNAMA in both Bahasa Melayu and English. News are available in the following categories:

  • Headlines
  • Top Story
  • General News
  • Politics
  • Business
  • Sports
  • Features
  • World News

Subscribers will be able to read:

  • Exclusive articles focusing on social, economic and environmental issues, latest technology, trends, fashion and entertainment, including health and wellness tips.
  • Newsbriefs@7 containing snippets of selected top stories of the day, released at 7.00 p.m. daily

 

  • Malaysia e-Biz, a weekly business bulletin which provides snippets of selected business news, events and announcements, including market reports and analyses. A Malaysia e-Biz archive is also available.

Stories and articles are enriched with high resolution photos, video footages, infographics and links to related news.

3

How many devices can I access simultaneously?

One subscriber ID is good for single access; you cannot use it on more than one device simultaneously. You need to log out before login on another device. For security purposes the system will automatically logout if the page remain idle for 30 minutes.

4

How do I subscribe for     BERNAMA.com Xtra?

How do I subscribe for             BERNAMA PLUS?

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

5

Do I need to pay for the registration/subscription?

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA.com Xtra.  Click here for available packages.

BERNAMA.com Xtra:

  • Corporate – RM50/month or RM600/year
  • Individual – RM25/month or RM300/year

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA PLUS.  Click here for available packages.

BERNAMA PLUS:
Individual/Corporate

  • RM5/week
  • RM10/month
  • RM120/year

6

Will there be a GST charge for the subscription?

No. (Zero GST)

7

How do I register if I do not have an e-mail address?

You need to have a verified e-mail address in order to register as a member.

8

How soon will I be able to access the service?

You can access the service upon successful registration and payment.

9

Can I change the e-mail address used for my registration?

Your e-mail address will be used as your login ID.  If you need to change your e-mail address, you have to renew you registeration using your preferred e-mail address after your current subscription expires.

10

What can I do if I have problem regarding subscription/registration?

Please call our Customer Service Number at +603-2696 21047, +603-2050 4470 and +603-2059 4683 or e-mail: subscribe@bernama.com for assistance