Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  Polis terus lakukan carian di rumah Najib  
 
 

Thursday, 17 May 2018

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Anggota dan pegawai polis yang melakukan pencarian di kediaman bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta di sini sejak malam tadi, masih berada di lokasi setakat 12 tengah hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu, namun enggan menggulas lanjut.

Seorang lelaki yang mendakwa dirinya rakan Najib menjadi tumpuan apabila tidak dibenarkan masuk oleh polis ketika menghampiri kediaman itu pada 11.20 pagi.




Puluhan media tempatan dan antarabangsa masih 'berkampung di kawasan itu sejak petang semalam bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi berkenaan.

Orang awam turut dilihat memperlahankan kenderaan bagi mengambil dan merakam gambar suasana persekitaran kediaman bekas perdana menteri itu.

Lebih 10 kenderaan polis termasuk trak dilihat tiba di kediaman Najib pada kira-kira 10.15 malam tadi selepas beliau pulang daripada menunaikan solat tarawih di Masjid Kampung Baru.

Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal memberitahu pemberita awal pagi ini bahawa beberapa barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah dirampas dari kediaman itu.

Beliau berkata Najib dan anggota keluarga beliau memberi kerjasama sepanjang proses pencarian dilaksanakan dan tiada tangkapan dibuat.

Sebuah lagi kediaman peribadi Najib iaitu apartmen mewah di Jalan Raja Chulan turut menjadi lokasi carian polis.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor telah disenaraihitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini.

Selasa lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pakatan Harapan yang dipengerusikan Dr Mahathir menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

-- BERNAMA

 
 
 
 
   
 
 

Senarai 'big-ticket Items' dikecualikan SST masih di peringkat cadangan - Menteri Kewangan

Friday, 20 July 2018

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Senarai barangan dikecualikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dimuat naik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) termasuk "big-ticket items" iaitu barangan mahal dan mewah masih dalam peringkat cadangan....
 

Harga rumah tidak meningkat apabila SST dilaksanakan - Raja Bahrin

Friday, 20 July 2018

KUALA TERENGGANU, 20 Julai (Bernama) -- Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dijangka tidak akan memberi banyak kesan terhadap harga rumah di negara ini, kata Timbalan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah....


KD Mutiara dilucut tauliah

Friday, 20 July 2018

LUMUT, 20 Julai (Bernama) -- Suasana hiba menyelubungi Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sempena istiadat pelucutan tauliah Kapal Diraja (KD) Mutiara di Tambatan Pangkalan TLDM di sini hari ini....
 

PH Selangor sedia hadapi PRK Balakong - MB Selangor

Friday, 20 July 2018

SHAH ALAM, 20 Julai (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) Selangor sentiasa dalam keadaan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan khususnya dalam politik termasuk berdepan pilihan raya kecil (PRK) secara berturut-turut dalam jangka masa singkat....

 
 
 
 
 
 
Issue 217   Issue 216
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


Call for Malaysia-South Africa ties to be reestablished

KL -- A Malaysian corporate leader has called for the new Malaysian government to reestablish friendly ties between Malaysia and South Africa as there is abundance of economic, education and...

   

Tempoh reman anggota polis disyaki rasuah, dilanjutkan

SEREMBAN -- Tempoh reman tiga daripada lima anggota polis bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung satu kes rasuah melibatkan aktiviti penjualan dadah, dilanjutkan. Mereka yang masing-masing berpangkat...

 
..full news     ..berita penuh
 
 
     
FAQClose

No

BERNAMA.com Xtra

BERNAMA PLUS

1

What is BERNAMA.com Xtra?

What is BERNAMA PLUS?

BERNAMA.com Xtra is a subscription based service that gives you full access to all BERNAMA.com contents. 

BERNAMA PLUS is subscription based service that gives you full access to selected BERNAMA.com contents

2

What content is available in BERNAMA.com Xtra?

What content is available in      BERNAMA PLUS?

Subcribers will be able to read all news and articles generated by BERNAMA in both Bahasa Melayu and English. News are available in the following categories:

  • Headlines
  • Top Story
  • General News
  • Politics
  • Business
  • Sports
  • Features
  • World News

Subscribers will be able to read:

  • Exclusive articles focusing on social, economic and environmental issues, latest technology, trends, fashion and entertainment, including health and wellness tips.
  • Newsbriefs@7 containing snippets of selected top stories of the day, released at 7.00 p.m. daily

 

  • Malaysia e-Biz, a weekly business bulletin which provides snippets of selected business news, events and announcements, including market reports and analyses. A Malaysia e-Biz archive is also available.

Stories and articles are enriched with high resolution photos, video footages, infographics and links to related news.

3

How many devices can I access simultaneously?

One subscriber ID is good for single access; you cannot use it on more than one device simultaneously. You need to log out before login on another device. For security purposes the system will automatically logout if the page remain idle for 30 minutes.

4

How do I subscribe for     BERNAMA.com Xtra?

How do I subscribe for             BERNAMA PLUS?

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

5

Do I need to pay for the registration/subscription?

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA.com Xtra.  Click here for available packages.

BERNAMA.com Xtra:

  • Corporate – RM50/month or RM600/year
  • Individual – RM25/month or RM300/year

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA PLUS.  Click here for available packages.

BERNAMA PLUS:
Individual/Corporate

  • RM5/week
  • RM10/month
  • RM120/year

6

Will there be a GST charge for the subscription?

No. (Zero GST)

7

How do I register if I do not have an e-mail address?

You need to have a verified e-mail address in order to register as a member.

8

How soon will I be able to access the service?

You can access the service upon successful registration and payment.

9

Can I change the e-mail address used for my registration?

Your e-mail address will be used as your login ID.  If you need to change your e-mail address, you have to renew you registeration using your preferred e-mail address after your current subscription expires.

10

What can I do if I have problem regarding subscription/registration?

Please call our Customer Service Number at +603-2696 21047, +603-2050 4470 and +603-2059 4683 or e-mail: subscribe@bernama.com for assistance