Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  Jualan MIHAS 2018 Dijangka Mengatasi Angka RM1.01 Bilion Sebelum Ini  
 
 

Tuesday, 13 March 2018

Oleh Sharifah Pirdaus Syed Ali

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menjangkakan jualan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2018 naik lima hingga tujuh peratus dan mengatasi angka RM1.01 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini.

MIHAS 2018, pameran perdagangan halal global kali ke-15 itu akan diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) mulai 4 hingga 7 April depan.




Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Dr Ir Mohd Shahreen Zainooreen Madros berkata sejumlah 90 peratus daripada 1,100 gerai pameran telah ditempah, 55 peratus oleh pempamer tempatan dan bakinya oleh peserta luar dari 30 buah negara.

Pempamer Thailand menempah paling banyak gerai iaitu 51 buah, diikuti dengan Indonesia (48), Iran (40), Taiwan (39) serta China (35), kebanyakannya daripada industi makanan dan minuman.

"Industri makanan dan minuman (F&B) dijangka menguasai MIHAS 2018, manakala peserta lain merangkumi sektor perkhidmatan, kosmetik, farmaseutikal dan perbankan," katanya kepada Bernama ketika melawat ibu pejabat agensi berita itu hari ini.

MIHAS 2017 juga didominasi oleh industri F&B pada 68 peratus, diikuti oleh perkhidmatan (22 peratus) dan sektor bukan makanan (10 peratus).

Beliau ketika bercakap mengenai jualan tahun lepas, memberitahu urus niaga barangan pengguna bergerak pantas dibuat secara langsung semasa pameran, sementara urus niaga membabitkan perkhidmatan kebanyakannya dilakukan selepas acara itu tamat, oleh itu, nilai terbitan MIHAS adalah jauh lebih baik daripada nilai yang didaftarkan.

China sentiasa menjadi pembeli utama sejak beberapa tahun lepas, katanya.

Beliau berkata Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) akan diadakan pada 3 April bersempena dengan MIHAS 2018, dengan 217 syarikat asing dijangka mengambil kesempatan daripada mesyuarat padanan perniagaan.

Pada 2017, INSP menjana kira-kira RM300 juta daripada 2,064 mesyuarat perniagaan yang telah diatur, melibatkan 475 syarikat Malaysia dan 172 pembeli asing dari 44 negara, menyumbang kira-kira 30 peratus kepada jumlah jualan tahun lepas.

Komposisi jualan tahun ini dijangka kekal sama seperti tahun lepas, katanya.

Selain berpindah ke tempat baharu, MIHAS 2018 akan memperkenalkan beberapa acara baharu, seperti Persidangan Pembiayaan Perdagangan Halal dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan Islam, Seminar Pelancongan Halal bersama dengan CrescentRating serta Mastercard, dan My PITCH@MIHAS dengan kerjasama Bioeconomy Corporation.

-- BERNAMA

 
 
 
 
   
 
 

Budayakan sikap membantu, mengasihi ummah hingga rentas sempadan - Raja Muda Perlis

Friday, 22 June 2018

KANGAR, 22 Jun (Bernama) -- Umat Islam perlu membudayakan sikap saling membantu dan mengasihi sesama umat tanpa mengira latar belakang bangsa sehingga merentasi sempadan negara, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail....
 
Imarahkan masjid sebagai pusat sehenti - Raja Muda Perlis

Friday, 22 June 2018

KANGAR, 22 Jun (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap agar semua masjid dan surau dapat diimarahkan sebagai pusat sehenti seperti mana yang diamalkan pada era kegemilangan Islam dahulu....


SPRM nafi beri kenyataan isu penyelewengan, rasuah di Kelantan

Friday, 22 June 2018

PUTRAJAYA, 22 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penyelewengan dan rasuah di Kelantan....
 

UMNO perlukan 'penawar' - Ku Li

Friday, 22 June 2018

SHAH ALAM, 22 Jun (Bernama) -- UMNO perlu melakukan 'pembersihan' dan 'pembaikan' seperti dituntut masyarakat bagi menebus semula integriti parti yang dilihat semakin pudar dalam perjuangannya, kata Tengku Razaleigh Hamzah....

 
 
 
 
 
 
Issue 212   Issue 211
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


MPHTJ to compensate family of woman crushed to death by falling tree branch

MELAKA -- The Hang Tuah Jaya Municipal Council (MPHTJ) is prepared to compensate the family of Intan Syahira Ahmad Safri who was killed by a falling tree branch at Jalan Ayer Keroh Lama, Bukit...

   

Harga RON 95 dan diesel kekal hingga akhir tahun

PUTRAJAYA -- Harga RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada  RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter, sehingga akhir tahun ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Kerajaan telah memperuntukkan RM3 bilion subsidi untuk RON95 dan diesel, bagi...

 
..full news     ..berita penuh
 
 
     
FAQClose

No

BERNAMA.com Xtra

BERNAMA PLUS

1

What is BERNAMA.com Xtra?

What is BERNAMA PLUS?

BERNAMA.com Xtra is a subscription based service that gives you full access to all BERNAMA.com contents. 

BERNAMA PLUS is subscription based service that gives you full access to selected BERNAMA.com contents

2

What content is available in BERNAMA.com Xtra?

What content is available in      BERNAMA PLUS?

Subcribers will be able to read all news and articles generated by BERNAMA in both Bahasa Melayu and English. News are available in the following categories:

  • Headlines
  • Top Story
  • General News
  • Politics
  • Business
  • Sports
  • Features
  • World News

Subscribers will be able to read:

  • Exclusive articles focusing on social, economic and environmental issues, latest technology, trends, fashion and entertainment, including health and wellness tips.
  • Newsbriefs@7 containing snippets of selected top stories of the day, released at 7.00 p.m. daily

 

  • Malaysia e-Biz, a weekly business bulletin which provides snippets of selected business news, events and announcements, including market reports and analyses. A Malaysia e-Biz archive is also available.

Stories and articles are enriched with high resolution photos, video footages, infographics and links to related news.

3

How many devices can I access simultaneously?

One subscriber ID is good for single access; you cannot use it on more than one device simultaneously. You need to log out before login on another device. For security purposes the system will automatically logout if the page remain idle for 30 minutes.

4

How do I subscribe for     BERNAMA.com Xtra?

How do I subscribe for             BERNAMA PLUS?

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

5

Do I need to pay for the registration/subscription?

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA.com Xtra.  Click here for available packages.

BERNAMA.com Xtra:

  • Corporate – RM50/month or RM600/year
  • Individual – RM25/month or RM300/year

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA PLUS.  Click here for available packages.

BERNAMA PLUS:
Individual/Corporate

  • RM5/week
  • RM10/month
  • RM120/year

6

Will there be a GST charge for the subscription?

No. (Zero GST)

7

How do I register if I do not have an e-mail address?

You need to have a verified e-mail address in order to register as a member.

8

How soon will I be able to access the service?

You can access the service upon successful registration and payment.

9

Can I change the e-mail address used for my registration?

Your e-mail address will be used as your login ID.  If you need to change your e-mail address, you have to renew you registeration using your preferred e-mail address after your current subscription expires.

10

What can I do if I have problem regarding subscription/registration?

Please call our Customer Service Number at +603-2696 21047, +603-2050 4470 and +603-2059 4683 or e-mail: subscribe@bernama.com for assistance