Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  Malaysia Akan Terus Perkenal Dasar Pelihara Kestabilan Ekonomi Dan Kewangan -BNM  
 
 

Wednesday, 14 February 2018

KUALA LUMPUR, Feb 14 (Bernama) -- Malaysia akan terus memperkenalkan dasar-dasar baharu dengan kemunculan risiko baharu daripada kesan limpahan luaran, untuk memelihara kestabilan makroekonomi dan kewangan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam Buletin Suku Tahunannya, yang dikeluarkan hari ini, BNM berkata kesan limpahan luaran sama ada yang dijangka ataupun yang tidak dijangka akan terus mempengaruhi ekonomi sedang pesat membangun.

"Keadaan tidak pasti yang berterusan dalam perkembangan dasar, ekonomi, politik dan pasaran kewangan global akan menyebabkan tempoh keadaan tidak menentu meningkat.

"Dalam keadaan sedemikian, penting bagi ekonomi sedang pesat membangun untuk mengenal pasti autonomi mereka dalam pelaksanaan dasar bagi menangani isu-isu yang unik dalam persekitaran domestik, dan dasar-dasar tidak lagi boleh dikekang oleh prinsip konvensional dalam pembentukan dasar tetapi sebaliknya strategi baharu yang belum diuji perlu dipertimbangkan," kata BNM.

Bank pusat berkata, Malaysia melaksanakan strategi dasar yang memebrikan tumpuan terutamanya pada pembangunan pasaran kewangan termasuk langkah-langkah kehematan dan 'pembetulan pasaran' yang berani bagi menangani cabaran unik negara.

"Gabungan dasar menerusi beberapa siri langkah yang diperkenalkan oleh Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) penting untuk kejayaan Malaysia menguruskan ketidaktentuan pasaran kewangan.

"Hasilnya, keadaan pasaran kewangan domestik bertambah baik dengan ketara," kata BNM.

FMC memperkenalkan langkah-langkah untuk meliberalisasikan pasaran kewangan domestik, termasuk membolehkan akses pasaran yang lebih baik, fleksibiliti perlindungan nilai dan pengenalan instrumen pasaran kewangan baharu.

Apabila tahap kecergasan yang lebih tinggi diperlukan, seperti dalam menangani isu-isu aktiviti spekulasi luar pesisir, FMC memperkukuh peraturan yang menghalang pemudahan kontrak hadapan tanpa serahan.

"Keperluan penukaran eksport juga dilaksanakan untuk menangani ketidakseimbangan dalam pasaran pertukaran asing domestik, tetapi dengan fleksibiliti yang mencukupi diberikan kepada pengeksport domestik," kata BNM.

Langkah-langkah ini membantu mengurangkan turun naik dalam kadar pertukaran ringgit dan tekanan spekulasi berkurangan.

Susulan ini, aliran keluar daripada pelabur bukan pemastautin jangka pendek telah menambah baik komposisi pemegangan bukan pemastautin dalam pasaran kewangan domestik yang menjurus kepada pelabur jangka panjang yang lebih stabil dan mampan.

Keadaan pasaran kewangan domestik yang bertambah baik itu juga adalah selaras dengan prestasi ekonomi Malaysia yang lebih kukuh daripada jangkaan, lantas menyokong peningkatan nilai ringgit pada 2017.

Keadaan ini lebih mencerminkan asas-asas ekonomi yang lebih kukuh apabila keadaan pasaran kewangan global bertambah baik.

"Yang lebih penting lagi, pasaran kewangan domestik yang berfungsi dengan teratur terus menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia," kata BNM.

-- BERNAMA



 
 
 
 
   
 
 

ECRL Projek Mega Berorientasi Keperluan Rakyat - Tengku Abdullah

Friday, 23 February 2018

KUANTAN, 23 Feb (Bernama) -- Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan 'projek keretapi rakyat'....
 

Transformasi Perkhidmatan Awam 2.0 Selaras TN50

Friday, 23 February 2018

PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memulakan Transformasi Perkhidmatan Awam (TPA) 2.0 yang selaras dengan matlamat dan aspirasi gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi menjadikan Malaysia negara 20 teratas dalam pembangunan ekonomi, kemajuan, sosial dan inovasi....


KPDNKK, Dua Syarikat Berminat Operasikan KR1M 2.0 Di Utara Serta Sabah Dan Sarawak

Friday, 23 February 2018

BATU KURAU, 23 Feb (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang berbincang dengan dua syarikat besar untuk mengoperasikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 di utara Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak....
 
Mangsa Banjir Di Tuaran Terima Bantuan

Friday, 23 February 2018

TUARAN, 23 Feb (Bernama) -- Sejumlah 245 keluarga, yang terjejas akibat banjir dan dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir di sini tahun lepas, masing-masing menerima wang tunai RM500 daripada kerajaan persekutuan hari ini....

 
 
 
 
 
 
Issue 200   Issue 199
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


50,000 Health Ministry-Trained Volunteers To Detect, Prevent NCD

GEORGE TOWN -- The Health Ministry has trained more than 50,000 volunteers to detect patients with high cholesterol, glucose level and high blood pressure to prevent them at an early...

   

Rakyat Mahu Bantuan BR1M Diteruskan

PEKAN -- Kumpulan pertama yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mengharap bantuan itu dapat diteruskan pada masa depan kerana ia banyak membantu meringankan beban perbelanjaan harian mereka. Seorang penerima Hayati...

 
..full news     ..berita penuh
 
 
     
FAQClose

No

BERNAMA.com Xtra

BERNAMA PLUS

1

What is BERNAMA.com Xtra?

What is BERNAMA PLUS?

BERNAMA.com Xtra is a subscription based service that gives you full access to all BERNAMA.com contents. 

BERNAMA PLUS is subscription based service that gives you full access to selected BERNAMA.com contents

2

What content is available in BERNAMA.com Xtra?

What content is available in      BERNAMA PLUS?

Subcribers will be able to read all news and articles generated by BERNAMA in both Bahasa Melayu and English. News are available in the following categories:

  • Headlines
  • Top Story
  • General News
  • Politics
  • Business
  • Sports
  • Features
  • World News

Subscribers will be able to read:

  • Exclusive articles focusing on social, economic and environmental issues, latest technology, trends, fashion and entertainment, including health and wellness tips.
  • Newsbriefs@7 containing snippets of selected top stories of the day, released at 7.00 p.m. daily

 

  • Malaysia e-Biz, a weekly business bulletin which provides snippets of selected business news, events and announcements, including market reports and analyses. A Malaysia e-Biz archive is also available.

Stories and articles are enriched with high resolution photos, video footages, infographics and links to related news.

3

How many devices can I access simultaneously?

One subscriber ID is good for single access; you cannot use it on more than one device simultaneously. You need to log out before login on another device. For security purposes the system will automatically logout if the page remain idle for 30 minutes.

4

How do I subscribe for     BERNAMA.com Xtra?

How do I subscribe for             BERNAMA PLUS?

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

5

Do I need to pay for the registration/subscription?

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA.com Xtra.  Click here for available packages.

BERNAMA.com Xtra:

  • Corporate – RM50/month or RM600/year
  • Individual – RM25/month or RM300/year

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA PLUS.  Click here for available packages.

BERNAMA PLUS:
Individual/Corporate

  • RM5/week
  • RM10/month
  • RM120/year

6

Will there be a GST charge for the subscription?

No. (Zero GST)

7

How do I register if I do not have an e-mail address?

You need to have a verified e-mail address in order to register as a member.

8

How soon will I be able to access the service?

You can access the service upon successful registration and payment.

9

Can I change the e-mail address used for my registration?

Your e-mail address will be used as your login ID.  If you need to change your e-mail address, you have to renew you registeration using your preferred e-mail address after your current subscription expires.

10

What can I do if I have problem regarding subscription/registration?

Please call our Customer Service Number at +603-2696 21047, +603-2050 4470 and +603-2059 4683 or e-mail: subscribe@bernama.com for assistance