Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  Ekonomi Malaysia Memecut Pada Kadar Lebih Pantas, Kata Jabatan Perangkaan  
 
 

Wednesday, 14 February 2018

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Ekonomi Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.9 peratus pada 2017, memecut pada kadar lebih pantas dengan nilai sebanyak RM1.17 trilion (2016:4.2 peratus) pada harga malar dan RM1.35 trilion pada harga semasa, kata Jabatan Perangkaan.

Jabatan itu berkata sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian merupakan peneraju dalam bahagian pengeluaran dengan semua sektor mencatatkan pertumbuhan positif kecuali perlombongan dan kuari.

"Bagi bahagian perbelanjaan, prestasi dipacu terutamanya daripada perbelanjaan penggunaan akhir swasta," kata jabatan itu dalam portal rasminya.

Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pertumbuhan KDNK sebanyak 5.9 peratus bagi suku keempat 2017 dan tahun penuh.

Jabatan Perangkaan berkata sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan kukuh 6.2 peratus dalam suku tersebut, disokong oleh sub-sektor borong dan perdagangan runcit dan maklumat dan komunikasi.

Bagi sektor pembuatan, ia mencatatkan kemajuan sederhana sebanyak 5.4 peratus (Suku-3 2017: 7.0 peratus).

Produk elektrik, elektornik dan optik terus menjadi pemacu utama pembuatan bagi suku ini, walaupun pada kadar pertumbuhan sederhana 5.7 peratus.

Sementara itu, sektor pertanian mengukuh dengan mencatatkan pertumbuhan dua angka sebanyak 10.7 peratus.

"Ini merupakan pertumbuhan tertinggi yang dicatatkan sejak suku ketiga 2011," kata jabatan itu sambil menambah pengembangan dalam sektor ini dipacu terutamanya daripada prestasi memberangsangkan sektor sawit, pada 24.3 peratus, susulan hasil tinggi.

Bagi perbelanjaan penggunaan akhir swasta, ia meningkat 7.0 peratus (Suku-3 2017: 7.2 peratus), manakala bagi asas suku ke suku pelarasan musim, ia naik kepada 1.8 peratus.

Pembentukan modal tetap kasar (GFCF) menyederhana kepada 4.3 peratus daripada 6.7 peratus yang dicatatkan dalam suku sebelumnya disebabkan penyederhanaan dalam mesin dan peralatan pada 8.3 peratus berbanding pertumbuhan dua angka pada 11.5 peratus yang dicatatkan dalam suku ketiga 2017.

Eksport berkembang 7.1 peratus, dipengaruhi oleh penyederhanaan dalam persekitaran luaran, manakala import meningkat 7.4 peratus dirangsang oleh prestasi import barang dan perkhidmatan.

-- BERNAMA

 
 
 
 
   
 
 

Perdana Menteri setuju pasukan khas siasat 1MDB dibentuk

Monday, 21 May 2018

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Satu Pasukan Khas Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibentuk bagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes syarikat pembangunan strategik itu, kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.

...
 

Najib mesti hadir beri keterangan kepada SPRM esok - Azam Baki

Monday, 21 May 2018

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sekiranya gagal hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya esok untuk membantu siasatan berhubung kes...


Polis Kedah buka 37 kertas siasatan PRU14

Monday, 21 May 2018

ALOR SETAR, 21 Mei (Bernama) -- Polis Kedah membuka 37 kertas siasatan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bermula dari hari penamaan calon pada 28 April lepas hingga hari pengundian pada 9 Mei lepas....
 

Penjawat awam Melaka distruktur semula - Ketua Menteri

Monday, 21 May 2018

MELAKA, 21 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri Melaka akan menstruktur semula kedudukan penjawat awamnya dalam usaha memastikan keberkesanan perkhidmatan kerajaan negeri serta agensi dibawahnya kepada rakyat, kata Ketua Menteri Adly Zahari....

 
 
 
 
 
 
Issue 210   Issue 208
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


Students' data collection centre in Kulim/Bandar Baharu Soon

KULIM -- A data collection centre which will compile the profile of students in all educational institutions in the Kulim-Bandar Baharu district will be set up soon, said its member...

   

Piala Thomas: Malaysia tundukkan Rusia 5-0

BANGKOK -- Malaysia memulakan kempen Piala Thomas dengan langkah kanan apabila  membenam Rusia 5-0 dalam saingan peringkat Kumpulan D di Impact Arena, di sini hari ini. Mata pertama Malaysia diperolehi...

 
..full news     ..berita penuh
 
 
     
FAQClose

No

BERNAMA.com Xtra

BERNAMA PLUS

1

What is BERNAMA.com Xtra?

What is BERNAMA PLUS?

BERNAMA.com Xtra is a subscription based service that gives you full access to all BERNAMA.com contents. 

BERNAMA PLUS is subscription based service that gives you full access to selected BERNAMA.com contents

2

What content is available in BERNAMA.com Xtra?

What content is available in      BERNAMA PLUS?

Subcribers will be able to read all news and articles generated by BERNAMA in both Bahasa Melayu and English. News are available in the following categories:

  • Headlines
  • Top Story
  • General News
  • Politics
  • Business
  • Sports
  • Features
  • World News

Subscribers will be able to read:

  • Exclusive articles focusing on social, economic and environmental issues, latest technology, trends, fashion and entertainment, including health and wellness tips.
  • Newsbriefs@7 containing snippets of selected top stories of the day, released at 7.00 p.m. daily

 

  • Malaysia e-Biz, a weekly business bulletin which provides snippets of selected business news, events and announcements, including market reports and analyses. A Malaysia e-Biz archive is also available.

Stories and articles are enriched with high resolution photos, video footages, infographics and links to related news.

3

How many devices can I access simultaneously?

One subscriber ID is good for single access; you cannot use it on more than one device simultaneously. You need to log out before login on another device. For security purposes the system will automatically logout if the page remain idle for 30 minutes.

4

How do I subscribe for     BERNAMA.com Xtra?

How do I subscribe for             BERNAMA PLUS?

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

5

Do I need to pay for the registration/subscription?

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA.com Xtra.  Click here for available packages.

BERNAMA.com Xtra:

  • Corporate – RM50/month or RM600/year
  • Individual – RM25/month or RM300/year

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA PLUS.  Click here for available packages.

BERNAMA PLUS:
Individual/Corporate

  • RM5/week
  • RM10/month
  • RM120/year

6

Will there be a GST charge for the subscription?

No. (Zero GST)

7

How do I register if I do not have an e-mail address?

You need to have a verified e-mail address in order to register as a member.

8

How soon will I be able to access the service?

You can access the service upon successful registration and payment.

9

Can I change the e-mail address used for my registration?

Your e-mail address will be used as your login ID.  If you need to change your e-mail address, you have to renew you registeration using your preferred e-mail address after your current subscription expires.

10

What can I do if I have problem regarding subscription/registration?

Please call our Customer Service Number at +603-2696 21047, +603-2050 4470 and +603-2059 4683 or e-mail: subscribe@bernama.com for assistance