Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  Hutang Luar Malaysia Kekal Terurus - BNM  
 
 

Wednesday, 14 February 2018

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Hutang luar Malaysia kekal terurus berdasarkan profil mata wang dan tempoh matang serta aset luaran yang tersedia dalam jumlah yang besar, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Setakat akhir Disember 2017, hutang luar Malaysia berjumlah RM883.4 bilion atau bersamaan dengan US$215.5 bilion atau 65.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir Disember 2017 berbanding RM873.8 bilion atau US$204.7 bilion atau 64.6 peratus daripada KDNK pada akhir September 2017.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata hutang luar lebih tinggi itu mencerminkan peningkatan dalam pinjaman, peminjaman antara bank dan pemegangan sekuriti hutang domestik oleh bukan pemastautin.




Ini sebahagiannya diimbangi oleh kesan penilaian berikutan pengukuhan nilai ringgit berbanding mata wang utama dan serantau terpilih dalam suku keempat 2017 itu.

"Lebih satu pertiga daripada jumlah hutang luar negeri dalam denominasi ringgit (34.3 peratus), terutamanya dalam bentuk pemegangan sekuriti hutang domestik dan deposit ringgit oleh bukan pemastautin dalam institusi perbankan domestik.

"Oleh itu, liabiliti ini tidak tertakluk kepada perubahan penilaian yang berpunca daripada turun naik kadar pertukaran ringgit," kata BNM.

Baki hutang luar sebanyak RM580.7 billion (65.7 peratus) adalah dalam denominasi mata wang asing dan tertakluk kepada keperluan amalan pengurusan mudah tunai dan perlindungan nilai yang berhemat terhadap institusi perbankan dan syarikat.

"Sebahagian besar daripada obligasi ini terdiri daripada peminjaman luar pesisir, yang diperoleh terutamanya untuk mengembangkan kapasiti produktif dan mengurus sumber kewangan kumpulan korporat yang lebih baik," katanya.

Pada akhir bulan Disember 2017, peminjaman luar pesisir kekal rendah pada 37.5 peratus daripada KDNK berbanding dengan 60 peratus daripada KDNK ketika Krisis Kewangan Asia.

Menurut bank pusat itu, daripada jumlah hutang luar dalam denominasi mata wang asing (meliputi kesan penilaian), lebih satu pertiga (atau berjumlah RM211.6 bilion) merupakan peminjaman antara bank dan deposit dalam denominasi mata wang asing dan deposit denominasi mata wang asing dalam sistem perbankan domestik.

Ini sebahagian besarnya mencerminkan pengurusan mudah tunai antara kumpulan bank dan penempatan deposit daripada entiti induk asing yang tertakluk kepada amalan pengurusan mudah tunai berhemat.

Antaranya ialah had dalaman bagi pendanaan dan ketidakpadanan tempoh matang.

"Ini diikuti oleh bon dan nota jangka panjang yang diterbitkan di luar pesisir sebanyak RM154.2 bilion pada akhir bulan Disember 2017, terutamanya untuk membiayai pemerolehan aset di luar negara untuk menjana pendapatan akan datang," katanya.

Pinjaman antara syarikat biasanya tertakluk kepada terma yang fleksibel dan kadar faedah yang lebih rendah, seperti tiada jadual pembayaran balik yang tetap atau kadar faedah yang rendah, kata BNM.

Menurut bank pusa itu, dari segi perspektif tempoh matang, lebih separuh daripada jumlah hutang luar menjurus pada tempoh jangka sederhana hingga jangka panjang (57.3% daripada jumlah hutang luar) yang menggambarkan bahawa risiko pembiayaan semula adalah terhad.

Berdasarkan pemerolehan eksport peminjam dan aset luaran, BNM berkata adalah penting untuk diketahui bahawa rizab antarabangsa bukanlah satu-satunya cara bagi bank dan syarikat untuk memenuhi obligasi luar jangka pendek mereka.

Rizab antarabangsa merangkumi kira-kira satu perempat daripada jumlah aset luaran dengan aset luaran yang selebihnya dipegang oleh bank dan syarikat.

"Pada 30 Jan, 2018, rizab antarabangsa adalah 1.1 kali hutang luar jangka pendek dan memadai untuk membiayai 7.2 bulan import tertangguh," katanya.

-- BERNAMA

 
 
 
 
   
 
 

ECRL Projek Mega Berorientasi Keperluan Rakyat - Tengku Abdullah

Friday, 23 February 2018

KUANTAN, 23 Feb (Bernama) -- Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan 'projek keretapi rakyat'....
 

Transformasi Perkhidmatan Awam 2.0 Selaras TN50

Friday, 23 February 2018

PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memulakan Transformasi Perkhidmatan Awam (TPA) 2.0 yang selaras dengan matlamat dan aspirasi gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi menjadikan Malaysia negara 20 teratas dalam pembangunan ekonomi, kemajuan, sosial dan inovasi....


KPDNKK, Dua Syarikat Berminat Operasikan KR1M 2.0 Di Utara Serta Sabah Dan Sarawak

Friday, 23 February 2018

BATU KURAU, 23 Feb (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang berbincang dengan dua syarikat besar untuk mengoperasikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 di utara Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak....
 
Mangsa Banjir Di Tuaran Terima Bantuan

Friday, 23 February 2018

TUARAN, 23 Feb (Bernama) -- Sejumlah 245 keluarga, yang terjejas akibat banjir dan dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir di sini tahun lepas, masing-masing menerima wang tunai RM500 daripada kerajaan persekutuan hari ini....

 
 
 
 
 
 
Issue 200   Issue 199
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


50,000 Health Ministry-Trained Volunteers To Detect, Prevent NCD

GEORGE TOWN -- The Health Ministry has trained more than 50,000 volunteers to detect patients with high cholesterol, glucose level and high blood pressure to prevent them at an early...

   

Rakyat Mahu Bantuan BR1M Diteruskan

PEKAN -- Kumpulan pertama yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mengharap bantuan itu dapat diteruskan pada masa depan kerana ia banyak membantu meringankan beban perbelanjaan harian mereka. Seorang penerima Hayati...

 
..full news     ..berita penuh
 
 
     
FAQClose

No

BERNAMA.com Xtra

BERNAMA PLUS

1

What is BERNAMA.com Xtra?

What is BERNAMA PLUS?

BERNAMA.com Xtra is a subscription based service that gives you full access to all BERNAMA.com contents. 

BERNAMA PLUS is subscription based service that gives you full access to selected BERNAMA.com contents

2

What content is available in BERNAMA.com Xtra?

What content is available in      BERNAMA PLUS?

Subcribers will be able to read all news and articles generated by BERNAMA in both Bahasa Melayu and English. News are available in the following categories:

  • Headlines
  • Top Story
  • General News
  • Politics
  • Business
  • Sports
  • Features
  • World News

Subscribers will be able to read:

  • Exclusive articles focusing on social, economic and environmental issues, latest technology, trends, fashion and entertainment, including health and wellness tips.
  • Newsbriefs@7 containing snippets of selected top stories of the day, released at 7.00 p.m. daily

 

  • Malaysia e-Biz, a weekly business bulletin which provides snippets of selected business news, events and announcements, including market reports and analyses. A Malaysia e-Biz archive is also available.

Stories and articles are enriched with high resolution photos, video footages, infographics and links to related news.

3

How many devices can I access simultaneously?

One subscriber ID is good for single access; you cannot use it on more than one device simultaneously. You need to log out before login on another device. For security purposes the system will automatically logout if the page remain idle for 30 minutes.

4

How do I subscribe for     BERNAMA.com Xtra?

How do I subscribe for             BERNAMA PLUS?

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

5

Do I need to pay for the registration/subscription?

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA.com Xtra.  Click here for available packages.

BERNAMA.com Xtra:

  • Corporate – RM50/month or RM600/year
  • Individual – RM25/month or RM300/year

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA PLUS.  Click here for available packages.

BERNAMA PLUS:
Individual/Corporate

  • RM5/week
  • RM10/month
  • RM120/year

6

Will there be a GST charge for the subscription?

No. (Zero GST)

7

How do I register if I do not have an e-mail address?

You need to have a verified e-mail address in order to register as a member.

8

How soon will I be able to access the service?

You can access the service upon successful registration and payment.

9

Can I change the e-mail address used for my registration?

Your e-mail address will be used as your login ID.  If you need to change your e-mail address, you have to renew you registeration using your preferred e-mail address after your current subscription expires.

10

What can I do if I have problem regarding subscription/registration?

Please call our Customer Service Number at +603-2696 21047, +603-2050 4470 and +603-2059 4683 or e-mail: subscribe@bernama.com for assistance