Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  Bomba Malaysia Mampu Hidu Punca Kebakaran Dengan Cepat  
 
 

Wednesday, 14 February 2018

Oleh Mohd Norzaidi Arjunaidi

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Keupayaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bukan hanya diukur pada ketangkasan mereka berdepan situasi kebakaran, malah juga pada kebolehan mereka menghidu punca awal kebakaran dalam tempoh enam jam selepas kejadian.

Oleh itu kewibawaan dan kepakaran Bahagian Penyiasatan Kebakaran (BPK) JBPM memang tidak dinafikan dalam menjawab persoalan punca sesuatu kejadian kebakaran itu berlaku.




Ketua BPK, Penguasa Kanan Bomba 1 JBPM KL Ashari Johari berkata pasukannya akan memulakan siasatan setelah kebakaran dipadamkan sepenuhnya.

"Ketika menjalankan siasatan, ketika itu kami sudah tahu punca kebakaran. Namun siasatan terperinci amat diperlukan bagi mengesahkan punca berpandukan hipotesis yang diberikan pada awal siasatan.

"Ini termasuklah mengumpulkan bahan bukti untuk dianalisis sebelum dihantar ke Cawangan Makmal Penyiasatan Kebakaran JBPM KL bagi kajian lanjut," katanya kepada Bernama dalam temuramah eksklusif di sini.

Ashari berkata insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah benar-benar menguji kewibawaan BPK.

Beliau berkata laporan penuh kejadian itu berserta keputusan makmal untuk diserahkan ke Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan PDRM bagi siasatan lanjut, dapat disiapkan kurang dari empat hari.

Katanya hasil laporan lengkap menunjukkan bahawa pusat tahfiz itu terbakar akibat perbuatan kianat dan bukannya kerana litar pintas mahupun ubat nyamuk seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

Pada 14 Sept tahun lepas, 21 pelajar dan dua warden maut, manakala masing-masing empat pelajar dan guru berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini.

Sementara itu, pada 26 Jan lepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan JBPM dalam siasatan kebakaran.

Nota itu ditandatangani Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim di Maktab PDRM di sini.

Melalui kerjasama tersebut, semua siasatan kes kebakaran yang dilaksana PDRM diserahkan kepada JBPM berkuat kuasa serta-merta dan sekiranya hasil siasatan mendapati ia mempunyai unsur jenayah, jabatan itu akan melapor dan menyerahkan laporan siasatan kepada PDRM supaya siasatan lanjut dari sudut jenayah dapat dilakukan.

Ahmad Zahid berkata kerjasama itu memecahkan kerja bersifat 'silo' kedua-dua agensi terlibat selama ini sehingga berlaku kelewatan dalam menyelesaikan kes kebakaran.

Katanya 3,901 kertas siasatan kes kebakaran dibuka PDRM sejak tiga tahun lepas, namun 477 kes masih tertangguh dan belum selesai.

-- BERNAMA

 
 
 
 
   
 
 

ECRL Projek Mega Berorientasi Keperluan Rakyat - Tengku Abdullah

Friday, 23 February 2018

KUANTAN, 23 Feb (Bernama) -- Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan 'projek keretapi rakyat'....
 

Transformasi Perkhidmatan Awam 2.0 Selaras TN50

Friday, 23 February 2018

PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memulakan Transformasi Perkhidmatan Awam (TPA) 2.0 yang selaras dengan matlamat dan aspirasi gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi menjadikan Malaysia negara 20 teratas dalam pembangunan ekonomi, kemajuan, sosial dan inovasi....


KPDNKK, Dua Syarikat Berminat Operasikan KR1M 2.0 Di Utara Serta Sabah Dan Sarawak

Friday, 23 February 2018

BATU KURAU, 23 Feb (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang berbincang dengan dua syarikat besar untuk mengoperasikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 di utara Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak....
 
Mangsa Banjir Di Tuaran Terima Bantuan

Friday, 23 February 2018

TUARAN, 23 Feb (Bernama) -- Sejumlah 245 keluarga, yang terjejas akibat banjir dan dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir di sini tahun lepas, masing-masing menerima wang tunai RM500 daripada kerajaan persekutuan hari ini....

 
 
 
 
 
 
Issue 200   Issue 199
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


50,000 Health Ministry-Trained Volunteers To Detect, Prevent NCD

GEORGE TOWN -- The Health Ministry has trained more than 50,000 volunteers to detect patients with high cholesterol, glucose level and high blood pressure to prevent them at an early...

   

Rakyat Mahu Bantuan BR1M Diteruskan

PEKAN -- Kumpulan pertama yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mengharap bantuan itu dapat diteruskan pada masa depan kerana ia banyak membantu meringankan beban perbelanjaan harian mereka. Seorang penerima Hayati...

 
..full news     ..berita penuh
 
 
     
FAQClose

No

BERNAMA.com Xtra

BERNAMA PLUS

1

What is BERNAMA.com Xtra?

What is BERNAMA PLUS?

BERNAMA.com Xtra is a subscription based service that gives you full access to all BERNAMA.com contents. 

BERNAMA PLUS is subscription based service that gives you full access to selected BERNAMA.com contents

2

What content is available in BERNAMA.com Xtra?

What content is available in      BERNAMA PLUS?

Subcribers will be able to read all news and articles generated by BERNAMA in both Bahasa Melayu and English. News are available in the following categories:

  • Headlines
  • Top Story
  • General News
  • Politics
  • Business
  • Sports
  • Features
  • World News

Subscribers will be able to read:

  • Exclusive articles focusing on social, economic and environmental issues, latest technology, trends, fashion and entertainment, including health and wellness tips.
  • Newsbriefs@7 containing snippets of selected top stories of the day, released at 7.00 p.m. daily

 

  • Malaysia e-Biz, a weekly business bulletin which provides snippets of selected business news, events and announcements, including market reports and analyses. A Malaysia e-Biz archive is also available.

Stories and articles are enriched with high resolution photos, video footages, infographics and links to related news.

3

How many devices can I access simultaneously?

One subscriber ID is good for single access; you cannot use it on more than one device simultaneously. You need to log out before login on another device. For security purposes the system will automatically logout if the page remain idle for 30 minutes.

4

How do I subscribe for     BERNAMA.com Xtra?

How do I subscribe for             BERNAMA PLUS?

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

5

Do I need to pay for the registration/subscription?

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA.com Xtra.  Click here for available packages.

BERNAMA.com Xtra:

  • Corporate – RM50/month or RM600/year
  • Individual – RM25/month or RM300/year

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA PLUS.  Click here for available packages.

BERNAMA PLUS:
Individual/Corporate

  • RM5/week
  • RM10/month
  • RM120/year

6

Will there be a GST charge for the subscription?

No. (Zero GST)

7

How do I register if I do not have an e-mail address?

You need to have a verified e-mail address in order to register as a member.

8

How soon will I be able to access the service?

You can access the service upon successful registration and payment.

9

Can I change the e-mail address used for my registration?

Your e-mail address will be used as your login ID.  If you need to change your e-mail address, you have to renew you registeration using your preferred e-mail address after your current subscription expires.

10

What can I do if I have problem regarding subscription/registration?

Please call our Customer Service Number at +603-2696 21047, +603-2050 4470 and +603-2059 4683 or e-mail: subscribe@bernama.com for assistance