Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  Malaysia Tolak Cadangan Jadikan Baitulmuqaddis Ibu Negara Israel - PM Najib  
 
 

Thursday, 07 December 2017

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Malaysia menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila.

Semasa menyampaikan ucapan dasar ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Najib yang juga Presiden UMNO yakin dan percaya umat Islam tidak dapat menerima sampai bila-bila cadangan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf satu daripada tiga kota suci umat Islam itu sebagai ibu negara Israel.

"Kita menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmuqaddis sebagai negara Israel sampai bila-bila," katanya yang disambut dengan laungan Allahu Akhbar!! Allahu Akhbar!! Allahu Akhbar daripada para perwakilan di dalam dewan dan anggota UMNO di luar dewan yang mengikuti lintas langsung majlis itu.

Tetamu-tetamu dari Palestin, yang menghadiri majlis perasmian perhimpunan agung itu atas jemputan UMNO itu, juga bangun berdiri tanda memberi penghormatan terhadap kenyataan tersebut.

Najib seterusnya mengajak para pimpinan parti, para perwakilan, anggota-anggota yang hadir pada perhimpunan itu serta mereka yang berada di mana sahaja untuk bangun dan menzahirkan pendirian tersebut dengan selantang-lantangnya.

Najib berkata beliau bersependapat dengan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa ?kita perlu buta warna dalam hal kemanusiaan'.

"... satu perjuangan bukan sahaja dari suara umat Islam Malaysia, malah, suara kemanusiaan dunia yang diwakili kerajaan Malaysia pimpinan UMNO," katanya.

Media antarabangsa melaporkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, setelah Amerika Syarikat melaksanakan dasar berhati-hati sejak berdekad lamanya dan tidak mengendahkan amaran tentang tindakan bersejarah yang mungkin mencetuskan keganasan di Timur Tengah.

Dilaporkan bahawa Palestin dan para pemimpin dunia Arab mengutuk tindakan itu, yang menyaksikan Amerika Syarikat memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke kota suci berkenaan.

Sementara itu, Najib berkata Malaysia akan terus prihatin dan berperanan aktif di seluruh dunia, khususnya dalam membantu saudara seakidah di serata dunia, umpamannya di Myanmar dan Palestin.

"UMNO tidak pernah dan tidak sesekali berkompromi dengan apa-apa jua hal yang melibatkan penghinaan ke atas kesucian dan tingginya agama Islam serta syiarnya, bukan sahaja di tanah air ini, bahkan di seluruh pelusuk dunia," katanya.

Beliau juga menarik perhatian para perwakilan yang hadir pada perhimpunan itu bahawa Malaysia merupakan negara pertama yang menyediakan Hospital Medan di Cox's Baazar, Bangladesh untuk pelarian etnik Rohingya.

-- BERNAMA



 
 
 
 
   
 
 

Tiada Aduan Penjualan Susu Rumusan Tiruan - KPDNKK N.Sembilan

Tuesday, 12 December 2017

SEREMBAN, 12 Dis (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan hingga kini tidak menerima sebarang aduan berkaitan susu rumusan bayi yang disyaki tiruan, dijual di negeri ini seperti yang berlaku di Johor Bahru....
 

Dewan Diraja Selangor Sahkan Dr Mahathir Pulangkan Darjah Kebesaran

Tuesday, 12 December 2017

SHAH ALAM, 12 Dis (Bernama) -- Dewan Diraja Selangor mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali telah memulangkan darjah dan bintang kebesaran Selangor masing-masing kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis lepas....


Kebocoran Data Peribadi 46.2 Juta Pengguna Telefon Data 2014 - Jailani

Tuesday, 12 December 2017

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) --- Kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih yang dilaporkan pada 18 Okt lepas adalah melibatkan kebocoran data pada 2014 dan bukannya data terkini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari....
 
Hilang Empat Anggota Keluarga Dalam Masa Singkat

Tuesday, 12 December 2017

KUANTAN, 12 Dis (Bernama) -- "Allah ambil nyawa empat anggota keluargaku dalam tempoh yang sangat singkat..."...

 
 
 
 
 
 
Issue 189   Issue 188
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


Sabah Ahead In Corruption-free Oath

KOTA KINABALU -- Sabah is the first state which has completed the corruption-free oath and signing the Corruption Free Pledge (CFP) programme, an initiative which was introduced by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to...

   

92 Agensi Kerajaan, GLC Sabah Lafaz, Tandatangani IBR

KOTA KINABALU -- Sabah adalah negeri pertama yang telah melengkapkan program melafazkan dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), inisiatif diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mencegah jenayah rasuah dan...

 
..full news     ..berita penuh
 
 
     
FAQClose

No

BERNAMA.com Xtra

BERNAMA PLUS

1

What is BERNAMA.com Xtra?

What is BERNAMA PLUS?

BERNAMA.com Xtra is a subscription based service that gives you full access to all BERNAMA.com contents. 

BERNAMA PLUS is subscription based service that gives you full access to selected BERNAMA.com contents

2

What content is available in BERNAMA.com Xtra?

What content is available in      BERNAMA PLUS?

Subcribers will be able to read all news and articles generated by BERNAMA in both Bahasa Melayu and English. News are available in the following categories:

  • Headlines
  • Top Story
  • General News
  • Politics
  • Business
  • Sports
  • Features
  • World News

Subscribers will be able to read:

  • Exclusive articles focusing on social, economic and environmental issues, latest technology, trends, fashion and entertainment, including health and wellness tips.
  • Newsbriefs@7 containing snippets of selected top stories of the day, released at 7.00 p.m. daily

 

  • Malaysia e-Biz, a weekly business bulletin which provides snippets of selected business news, events and announcements, including market reports and analyses. A Malaysia e-Biz archive is also available.

Stories and articles are enriched with high resolution photos, video footages, infographics and links to related news.

3

How many devices can I access simultaneously?

One subscriber ID is good for single access; you cannot use it on more than one device simultaneously. You need to log out before login on another device. For security purposes the system will automatically logout if the page remain idle for 30 minutes.

4

How do I subscribe for     BERNAMA.com Xtra?

How do I subscribe for             BERNAMA PLUS?

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

5

Do I need to pay for the registration/subscription?

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA.com Xtra.  Click here for available packages.

BERNAMA.com Xtra:

  • Corporate – RM50/month or RM600/year
  • Individual – RM25/month or RM300/year

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA PLUS.  Click here for available packages.

BERNAMA PLUS:
Individual/Corporate

  • RM5/week
  • RM10/month
  • RM120/year

6

Will there be a GST charge for the subscription?

No. (Zero GST)

7

How do I register if I do not have an e-mail address?

You need to have a verified e-mail address in order to register as a member.

8

How soon will I be able to access the service?

You can access the service upon successful registration and payment.

9

Can I change the e-mail address used for my registration?

Your e-mail address will be used as your login ID.  If you need to change your e-mail address, you have to renew you registeration using your preferred e-mail address after your current subscription expires.

10

What can I do if I have problem regarding subscription/registration?

Please call our Customer Service Number at +603-2696 21047, +603-2050 4470 and +603-2059 4683 or e-mail: subscribe@bernama.com for assistance