Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  KPDNKK Bakal Lancar Aplikasi Papar Harga Bantu Pengguna  
 
 

Thursday, 12 October 2017

TEMERLOH, 12 Okt (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melancarkan satu aplikasi baharu yang membolehkan pengguna di seluruh negara mendapat maklumat mengenai kedai runcit dan restoran menjual barangan dengan harga berpatutan.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Aplikasi Paparan Harga atau 'Price Catcher' itu, dijangka dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 Nov depan.

"Setiap hari harga barangan dalam aplikasi itu akan berubah kerana kita mempunyai satu sistem (pemantauan harga) yang telah diguna pakai sebelum ini dan diberi penambahbaikan dengan bantuan maklumat daripada FOK (Friends of KPDNKK) kerana sebagai pengguna mereka lebih tahu tentang lokasi dan kedai menjual barangan dengan harga berpatutan.



"Menerusi aplikasi itu pengguna khasnya FOK juga berpeluang berinteraksi secara langsung menyalurkan sebarang maklumat tentang pelanggaran undang-undang berkaitan kepenggunaan kepada kementerian ataupun permasalahan kekurangan sesuatu barangan keperluan seperti minyak masak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan FOK peringkat Pahang di sini hari ini. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Temerloh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Hamzah berkata aplikasi berkenaan boleh dimuat turun menerusi 'playstore' di telefon bimbit masing-masing, dan ia kini dalam proses kemaskini pada peringkat akhir sebelum pelancarannya dilakukan awal bulan depan.

Pada masa yang sama, beliau berkata jumlah keanggotaan FOK setakat ini, mencecah 805,000 orang sejak ia dilancarkan Mei lalu.

"Pahang merupakan negeri ke-11 yang kita adakan pelancaran FOK dan kita menyasarkan menjelang hujung tahun ini, jumlah keanggotaan akan meningkat sehingga sejuta orang.

"Bagi setiap kawasan parlimen, kita akan melantik seorang pengerusi yang membentuk jawatankuasanya sendiri dan FOK ini akan membantu pegawai pemantau harga dengan menyalurkan apa sahaja informasi berkaitan termasuk kedai menjual barangan dengan harga rendah untuk dijadikan kedai harga patut dan dimasukkan dalam aplikasi.

"Perlu diingat, kementerian hanya mempunyai anggota penguatkuasa seramai 2,600 orang di seluruh negara tetapi diharap dengan lebih 800,000 bantuan 'tentera' FOK ini, peniaga yang melanggar undang-undang juga perlu lebih berhati-hati dan berhemah untuk mengelak mereka dikenakan tindakan," katanya.

-- BERNAMA



 
 
 
 
   
 
 

Takaful IKHLAS Beri Pendedahan Kepentingan Perlindungan Takaful Di MSAM 2018

Friday, 20 April 2018

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB), mempromosi dan memberi pendedahan kepentingan perlindungan takaful pada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2018 yang bermula semalam sehingga Rabu ini di...
 
Cacing dalam tin sardin, KKM arah pengimport tarik balik produk

Friday, 20 April 2018

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan dua produk sardin dalam tin dari China, Canned Sardines in Tomato Sauce jenama TL Tan Lung dan Sardines in Tomato Sauce jenama TLC, ditarik balik dari pasaran kerana...


28,356 pengundi berdaftar bagi kawasan Parlimen Labuan

Friday, 20 April 2018

LABUAN, 20 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah merekodkan seramai 28,356 pengundi berdaftar di kerusi Parlimen Labuan dan mereka layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei....
 

1 juta peluang pekerjaan baharu melalui MyApprenticeship - PM Najib

Friday, 20 April 2018

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Program MyApprenticeship akan menyediakan satu juta peluang pekerjaan tambahan kepada rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak....

 
 
 
 
 
 
Issue 207   Issue 206
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


People will choose BN based on good track record - Sabah CM

KOTA KINABALU -- Chief Minister Tan Sri Musa Aman believes in the good judgment of the people in Sabah to choose continued progress and prosperity for the state by returning...

   

Tuanku Muhriz rasmi Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Menanti

KUALA PILAH -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan merasmikan Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Menanti, dekat sini. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri...

 
..full news     ..berita penuh
 
 
     
FAQClose

No

BERNAMA.com Xtra

BERNAMA PLUS

1

What is BERNAMA.com Xtra?

What is BERNAMA PLUS?

BERNAMA.com Xtra is a subscription based service that gives you full access to all BERNAMA.com contents. 

BERNAMA PLUS is subscription based service that gives you full access to selected BERNAMA.com contents

2

What content is available in BERNAMA.com Xtra?

What content is available in      BERNAMA PLUS?

Subcribers will be able to read all news and articles generated by BERNAMA in both Bahasa Melayu and English. News are available in the following categories:

  • Headlines
  • Top Story
  • General News
  • Politics
  • Business
  • Sports
  • Features
  • World News

Subscribers will be able to read:

  • Exclusive articles focusing on social, economic and environmental issues, latest technology, trends, fashion and entertainment, including health and wellness tips.
  • Newsbriefs@7 containing snippets of selected top stories of the day, released at 7.00 p.m. daily

 

  • Malaysia e-Biz, a weekly business bulletin which provides snippets of selected business news, events and announcements, including market reports and analyses. A Malaysia e-Biz archive is also available.

Stories and articles are enriched with high resolution photos, video footages, infographics and links to related news.

3

How many devices can I access simultaneously?

One subscriber ID is good for single access; you cannot use it on more than one device simultaneously. You need to log out before login on another device. For security purposes the system will automatically logout if the page remain idle for 30 minutes.

4

How do I subscribe for     BERNAMA.com Xtra?

How do I subscribe for             BERNAMA PLUS?

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

5

Do I need to pay for the registration/subscription?

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA.com Xtra.  Click here for available packages.

BERNAMA.com Xtra:

  • Corporate – RM50/month or RM600/year
  • Individual – RM25/month or RM300/year

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA PLUS.  Click here for available packages.

BERNAMA PLUS:
Individual/Corporate

  • RM5/week
  • RM10/month
  • RM120/year

6

Will there be a GST charge for the subscription?

No. (Zero GST)

7

How do I register if I do not have an e-mail address?

You need to have a verified e-mail address in order to register as a member.

8

How soon will I be able to access the service?

You can access the service upon successful registration and payment.

9

Can I change the e-mail address used for my registration?

Your e-mail address will be used as your login ID.  If you need to change your e-mail address, you have to renew you registeration using your preferred e-mail address after your current subscription expires.

10

What can I do if I have problem regarding subscription/registration?

Please call our Customer Service Number at +603-2696 21047, +603-2050 4470 and +603-2059 4683 or e-mail: subscribe@bernama.com for assistance