Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  Kesemua Mayat Mangsa Pusat Tahfiz Rentung - Ketua Polis KL  
 
 

Thursday, 14 September 2017

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Semua 24 mayat yang ditemui di tingkat paling atas pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar pagi ini dalam keadaan rentung dan bertindih antara sama lain. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata mayat ditemui di dua kawasan berasingan di tingkat yang menempatkan 36 pelajar, di bangunan tiga tingkat itu.

"Siasatan mendapati keadaan 24 mayat rentung dan bertindih antara satu sama lain akibat kebakaran itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian pagi ini.

Amar Singh juga berkata pusat tersebut hanya mempunyai satu pintu keluar masuk dan menyebabkan sebahagian penghuni terperangkap serta gagal menyelamatkan diri.



Keadaan tingkap di madrasah berkenaan juga tidak mempunyai aspek keselamatan yang membolehkan ia digunakan untuk kecemasan. Kebakaran dipercayai bermula di bahagian pintu masuk tersebut.

Amar Singh berkata seramai 14 pelajar dan empat guru yang sama menghuni di pusat berkenaan terselamat dalam kejadian itu. Kesemua pelajar lelaki itu berumur antara 13 hingga 17 tahun.

Katanya daripada 14 yang diselamatkan, enam mengalami kecederaan kritikal dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur. Semua mayat akan dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara untuk tujuan pengecaman oleh anggota keluarga dan bedah siasat.

Katanya polis juga sedang menyiasat dakwaan pusat tahfiz tersebut beroperasi tanpa permit.

Pusat tahfiz itu mempunyai 36 pelajar dan enam guru yang menginap di pusat tahfiz berkenaan.

Seramai 22 pelajar dan dua warden maut dalam kebakaran di pusat tahfiz itu di Jalan Keramat Ujung, di sini, pada 5.15 pagi tadi.

Sementara itu antara saksi terawal, Mohd Hakimi Che Mamat, 38, berkata cubaan beliau untuk membantu mangsa tidak berjaya kerana pintu jeriji asrama pusat tahfiz itu berkunci.

"Waktu saya masuk ke bangunan pusat tahfiz itu kira-kira 5.20 pagi, saya naik ke tingkat tiga tempat mereka tidur yang sudah marak dengan api. Saya cuba buka jeriji pintu itu tetapi tidak dapat.




"Pelajar-pelajar sudah menjerit meminta tolong. Tidak lama kemudian, terdapat beberapa lagi individu datang menolong tetapi kami tidak dapat berbuat apa-apa," katanya yang tinggal di rumah berhadapan pusat pengajian tahfiz itu.

Nurhayati Abdul Halim, 46, yang turut tinggal di hadapan pusat tahfiz itu melahirkan rasa sebak kerana mereka tidak dapat membantu ketika kebakaran berlaku.

"Kami nampak ustaz-ustaz dan pelajar-pelajar melambai tangan meminta tolong," katanya.

-- BERNAMA

 
 
 
 
   
 
 

Pembangunan Modal Insan Bagi Industri Halal Antarabangsa Ditingkatkan Melalui HTCP

Tuesday, 19 September 2017

SHAH ALAM, 19 Sept (Bernama) -- Pembangunan modal insan bagi industri dan dagangan halal antarabangsa dijangka mampu ditingkatkan melalui program  Individu Cekap Teknikal Halal (HTCP), program kerjasama antara Halal International Selangor (HIS) dan Institute of Halal Research University of Malaya  (IHRUM)....
 

Akta Pendidikan Perlu Dipinda, Masukkan Pendaftaran Sekolah Tahfiz - Ahmad Zahid

Tuesday, 19 September 2017

PUTRAJAYA, 19 Sept (Bernama) -- Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) disyorkan dipinda bagi membolehkan pendaftaran institusi pendidikan Islam swasta termasuk sekolah tahfiz swasta tertakluk di bawah akta itu dengan persetujuan kerajaan-kerajaan negeri....


Air Mata Berharga Untuk Ayah - Anas

Tuesday, 19 September 2017

...
 
Kesetiaan Penjawat Awam Kepada Kerajaan Penentu Kejayaan Pembangunan Negara - Pairin

Tuesday, 19 September 2017

TAMBUNAN, 19 Sept (Bernama) -- Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata kesetiaan penjawat awam kepada kerajaan dan perkhidmatan awam sangat penting bagi menentukan kejayaan dan pembangunan pesat di negara ini....

 
 
 
 
 
 
Issue 178   Issue 177
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


BNM, Financial Institutions To Focus On Malaysia Development Financial Institutions

KL -- Bank Negara Malaysia (BNM) is planning to work with the leadership of local financial institutions and other stakeholders in government to address a more focused delivery of mandates...

   

Polis Guna Dron Rakam Gambar Lokasi Kejadian Kebakaran Tahfiz

KL -- Polis hari ini  meneruskan siasatan terhadap tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini dengan menggunakan dron bagi merakamkan lokasi kebakaran dari udara.

...
 
..full news     ..berita penuh
 
 
     
FAQClose

No

BERNAMA.com Xtra

BERNAMA PLUS

1

What is BERNAMA.com Xtra?

What is BERNAMA PLUS?

BERNAMA.com Xtra is a subscription based service that gives you full access to all BERNAMA.com contents. 

BERNAMA PLUS is subscription based service that gives you full access to selected BERNAMA.com contents

2

What content is available in BERNAMA.com Xtra?

What content is available in      BERNAMA PLUS?

Subcribers will be able to read all news and articles generated by BERNAMA in both Bahasa Melayu and English. News are available in the following categories:

  • Headlines
  • Top Story
  • General News
  • Politics
  • Business
  • Sports
  • Features
  • World News

Subscribers will be able to read:

  • Exclusive articles focusing on social, economic and environmental issues, latest technology, trends, fashion and entertainment, including health and wellness tips.
  • Newsbriefs@7 containing snippets of selected top stories of the day, released at 7.00 p.m. daily

 

  • Malaysia e-Biz, a weekly business bulletin which provides snippets of selected business news, events and announcements, including market reports and analyses. A Malaysia e-Biz archive is also available.

Stories and articles are enriched with high resolution photos, video footages, infographics and links to related news.

3

How many devices can I access simultaneously?

One subscriber ID is good for single access; you cannot use it on more than one device simultaneously. You need to log out before login on another device. For security purposes the system will automatically logout if the page remain idle for 30 minutes.

4

How do I subscribe for     BERNAMA.com Xtra?

How do I subscribe for             BERNAMA PLUS?

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

5

Do I need to pay for the registration/subscription?

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA.com Xtra.  Click here for available packages.

BERNAMA.com Xtra:

  • Corporate – RM50/month or RM600/year
  • Individual – RM25/month or RM300/year

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA PLUS.  Click here for available packages.

BERNAMA PLUS:
Individual/Corporate

  • RM5/week
  • RM10/month
  • RM120/year

6

Will there be a GST charge for the subscription?

No. (Zero GST)

7

How do I register if I do not have an e-mail address?

You need to have a verified e-mail address in order to register as a member.

8

How soon will I be able to access the service?

You can access the service upon successful registration and payment.

9

Can I change the e-mail address used for my registration?

Your e-mail address will be used as your login ID.  If you need to change your e-mail address, you have to renew you registeration using your preferred e-mail address after your current subscription expires.

10

What can I do if I have problem regarding subscription/registration?

Please call our Customer Service Number at +603-2696 21047, +603-2050 4470 and +603-2059 4683 or e-mail: subscribe@bernama.com for assistance