Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  Bernama Institusi Terkemuka, Berwibawa - Duta  
 
 

Friday, 19 May 2017

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz , Tengku Faezah Tengku Yusof dan Azzah Mohamad Som

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Angka 50 mempunyai erti penting bagi hubungan Argentina-Malaysia dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) kerana kedua-dua pihak menyambut jubli emas pada tahun ini.

Bernama ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun melalui Akta Parlimen pada 6 April 1967, manakala hubungan diplomatik Argentina-Malaysia pula terjalin mulai 7 Jun tahun yang sama.



Manuel Balaguer Salas (Gambar fail Bernama)

Duta Besar Argentina di Malaysia Manuel Balaguer Salas berkata, berkongsi tahun ini untuk merayakan suatu pencapaian besar dengan sebuah entiti penting seperti Bernama, menjadikan sambutan yang diadakan lebih meriah dan bermakna bagi semua pihak.

Diplomat kelahiran Buenos Aires itu menyifatkan Bernama sebagai "sebuah institusi yang boleh dipercayai" dan telah membantu Argentina, terutama kedutaannya di sini, dalam mengetengahkan isu atau peristiwa yang mempunyai kaitan dengan negara itu.

"50 tahun tidak hadir setiap hari. Oleh itu, bagi kami dan Bernama, saya rasa ia merupakan suatu peristiwa yang begitu simbolik dan saya gembira untuk berkongsi perkara itu dengan saudara," kata Salas dalam perutusan ucap tahniah beliau kepada Bernama bersempena sambutan ulang tahun ke-50 agensi berita nasional itu.

"Saya secara peribadi mengikuti berita terkini daripada laman Bernama dan saya mempunyai app pada telefon pintar saya kerana ia boleh dipercayai dan membantu saya dalam menentukan berita mana yang penting daripada sekian banyak maklumat yang terkandung dalam laman media," katanya.

Salas, yang mula bertugas di sini Mac tahun lepas, juga berharap Bernama dan agensi berita Argentina, Telam, akan menjalin kerjasama kerana terdapat keperluan bagi kedua-dua pihak untuk betukar-tukar maklumat.

"Sebagai contoh, sekiranya kami memerlukan maklumat tertentu, terutama berkaitan Asia Tenggara, kami boleh bergantung pada Bernama kerana ia adalah antara sumber berita yang berwibawa," katanya sambil menjelaskan bahawa beliau akan berusaha untuk memastikan dua agensi berita itu akan menjalin kerjasama semasa tempoh perkhidmatan beliau di sini.

Duta Besar Ukraine di Malaysia Olexander Nechytaylo pula berkata dalam tempoh 50 tahun lepas, Bernama bukan sahaja menjadi suara Malaysia di persada antarabangsa, tetapi juga telah berkembang hingga menjadi antara agensi berita serantau paling berwibawa dan terkemuka.

Katanya, sejak mula menjejakkan kaki di Malaysia, beliau berasa amat bertuah kerana berpeluang bekerjasama rapat dengan pasukan media Bernama yang begitu profesional dan komited.

"Harapan saya kepada semua warga Bernama ialah kekalkanlah amalan kewartawanan terbaik dan jadilah penanda aras bagi persekitaran media di Malaysia dengan memelihara standard kewartawanan tertinggi.

"Usahlah terpesona oleh amalan gemar memburu sensasi, anjurkanlah pendekatan seimbang dan rasional, siarkanlah lebih banyak mesej positif tentang negara anda -- kerana tidak dapat dinafikan Malaysia mempunyai banyak kejayaan yang boleh dibanggakannya. Selamat Ulang Tahun!" kata duta besar itu, yang menggemari durian.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia A.J.M. Muzammil pula berpendapat penubuhan Bernama sebagai agensi berita nasional 50 tahun lepas adalah sangat penting serta berperanan besar dalam memperkenalkan negara ini kepada khalayak secara meluas.

"Saya harap anda akan meneruskan khidmat itu melalui segenap aspek. Anda telah memberi perkhidmatan dengan sangat cemerlang, bukan sahaja dalam mempromosikan negara anda, tetapi juga negara lain. Tahniah Bernama," kata beliau.

-- BERNAMA



 
 
 
 
   
 
 

ECRL Projek Mega Berorientasi Keperluan Rakyat - Tengku Abdullah

Friday, 23 February 2018

KUANTAN, 23 Feb (Bernama) -- Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan 'projek keretapi rakyat'....
 

Transformasi Perkhidmatan Awam 2.0 Selaras TN50

Friday, 23 February 2018

PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memulakan Transformasi Perkhidmatan Awam (TPA) 2.0 yang selaras dengan matlamat dan aspirasi gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi menjadikan Malaysia negara 20 teratas dalam pembangunan ekonomi, kemajuan, sosial dan inovasi....


KPDNKK, Dua Syarikat Berminat Operasikan KR1M 2.0 Di Utara Serta Sabah Dan Sarawak

Friday, 23 February 2018

BATU KURAU, 23 Feb (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang berbincang dengan dua syarikat besar untuk mengoperasikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 di utara Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak....
 
Mangsa Banjir Di Tuaran Terima Bantuan

Friday, 23 February 2018

TUARAN, 23 Feb (Bernama) -- Sejumlah 245 keluarga, yang terjejas akibat banjir dan dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir di sini tahun lepas, masing-masing menerima wang tunai RM500 daripada kerajaan persekutuan hari ini....

 
 
 
 
 
 
Issue 200   Issue 199
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


50,000 Health Ministry-Trained Volunteers To Detect, Prevent NCD

GEORGE TOWN -- The Health Ministry has trained more than 50,000 volunteers to detect patients with high cholesterol, glucose level and high blood pressure to prevent them at an early...

   

Rakyat Mahu Bantuan BR1M Diteruskan

PEKAN -- Kumpulan pertama yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mengharap bantuan itu dapat diteruskan pada masa depan kerana ia banyak membantu meringankan beban perbelanjaan harian mereka. Seorang penerima Hayati...

 
..full news     ..berita penuh
 
 
     
FAQClose

No

BERNAMA.com Xtra

BERNAMA PLUS

1

What is BERNAMA.com Xtra?

What is BERNAMA PLUS?

BERNAMA.com Xtra is a subscription based service that gives you full access to all BERNAMA.com contents. 

BERNAMA PLUS is subscription based service that gives you full access to selected BERNAMA.com contents

2

What content is available in BERNAMA.com Xtra?

What content is available in      BERNAMA PLUS?

Subcribers will be able to read all news and articles generated by BERNAMA in both Bahasa Melayu and English. News are available in the following categories:

  • Headlines
  • Top Story
  • General News
  • Politics
  • Business
  • Sports
  • Features
  • World News

Subscribers will be able to read:

  • Exclusive articles focusing on social, economic and environmental issues, latest technology, trends, fashion and entertainment, including health and wellness tips.
  • Newsbriefs@7 containing snippets of selected top stories of the day, released at 7.00 p.m. daily

 

  • Malaysia e-Biz, a weekly business bulletin which provides snippets of selected business news, events and announcements, including market reports and analyses. A Malaysia e-Biz archive is also available.

Stories and articles are enriched with high resolution photos, video footages, infographics and links to related news.

3

How many devices can I access simultaneously?

One subscriber ID is good for single access; you cannot use it on more than one device simultaneously. You need to log out before login on another device. For security purposes the system will automatically logout if the page remain idle for 30 minutes.

4

How do I subscribe for     BERNAMA.com Xtra?

How do I subscribe for             BERNAMA PLUS?

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

5

Do I need to pay for the registration/subscription?

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA.com Xtra.  Click here for available packages.

BERNAMA.com Xtra:

  • Corporate – RM50/month or RM600/year
  • Individual – RM25/month or RM300/year

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA PLUS.  Click here for available packages.

BERNAMA PLUS:
Individual/Corporate

  • RM5/week
  • RM10/month
  • RM120/year

6

Will there be a GST charge for the subscription?

No. (Zero GST)

7

How do I register if I do not have an e-mail address?

You need to have a verified e-mail address in order to register as a member.

8

How soon will I be able to access the service?

You can access the service upon successful registration and payment.

9

Can I change the e-mail address used for my registration?

Your e-mail address will be used as your login ID.  If you need to change your e-mail address, you have to renew you registeration using your preferred e-mail address after your current subscription expires.

10

What can I do if I have problem regarding subscription/registration?

Please call our Customer Service Number at +603-2696 21047, +603-2050 4470 and +603-2059 4683 or e-mail: subscribe@bernama.com for assistance