Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  Parlimen: Lebih 1,000 Unit Rumah RBN Dalam Proses Pembinaan - Ismail Sabri  
 
 

Tuesday, 21 March 2017

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Sebanyak 1,183 unit rumah di bawah program Rumah Bina Negara (RBN) sedang dalam proses pembinaan di sembilan lokasi seluruh negara, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya jumlah itu merangkumi sebahagian daripada 1,675 permohonan yang diterima Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA). Ismail Sabri berkata Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pula telah meluluskan 158 permohonan RBN daripada 1,626 permohonan yang diterima sehingga kini. "Sejumlah 81 unit rumah kini dalam pembinaan, manakala 16 unit telah siap," katanya semasa waktu pertanyaan menteri (MQT) pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Beliau menjawab soalan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) mengenai jumlah permohonan bagi program RBN mengikut agensi bertanggungjawab iaitu FELCRA dan RISDA serta perkembangan terkini program perumahan itu.

Menerusi program RBN, kerajaan menawarkan insentif RM20,000 bagi rumah berharga RM65,000 kepada pemohon yang layak.

Rumah berkeluasan 700 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air yang dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik terbuka kepada belia luar bandar berumur 18 hingga 45 tahun.

RBN perlu dibina di tanah milik sendiri atau ibu bapa.

Mengenai perkembangan projek RBN di seluruh negara, beliau berkata 140 unit rumah siap dibina, 123 unit sedang dalam proses pembinaan manakala dua projek melibatkan 318 unit rumah telah memperoleh kelulusan kebenaran merancang.

Tambahnya, tiga projek RBN sedang dalam proses kebenaran merancang melibatkan 303 unit rumah dan dua projek dengan 302 unit rumah berada di peringkat permohonan kelulusan tapak.

Menjawab soalan tambahan Anuar mengenai kaedah permohonan sekiranya pemohon tidak mempunyai slip pendapatan bulanan, Ismail Sabri berkata pemohon boleh mendapatkan pengesahan pendapatan daripada pemimpin tempatan seperti penghulu atau Tok Batin.

"Sebagai pemudah cara pembiayaan pemohon, kementerian dan RISDA baru-baru ini telah menjalinkan kerjasama dengan Agrobank. Selepas ini pemohon yang ingin membuat pinjaman perumahan, tidak semestinya mempunyai slip gaji. Hanya dapatkan pengesahan pendapatan daripada pemimpin tempatan," katanya.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Ismail Sabri berkata terdapat banyak kes yang mana pemohon tidak dapat membeli rumah kerana gagal mendapat pinjaman perumahan dan isu paling besar ialah kerana mereka tidak mempunyai penyata gaji.

"Ini disebabkan mereka bekerja sendiri, berkebun sayur, mungkin berniaga di pasar malam...jadi isu ini kita selesaikan melalui kerjasama dengan Agrobank yang bersetuju memberi pinjaman tanpa slip gaji.

"Pemohon boleh mendapatkan surat pengesahan daripada pemimpin masyarakat tempatan seperti ketua kampung, anggota Parlimen, anggota Dewan Undangan Negeri mahupun Ketua UMNO Bahagian di kawasan tersebut," katanya.

-- BERNAMA

 
 
 
 
   
 
 

Exim Bank Dan CGC Raikan 171 Anak Yatim Ke Zoo Negara

Wednesday, 26 April 2017

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Sebanyak 171 anak yatim termasuk kanak-kanak Rohingya daripada Madrasah Hashimiah, Selayang di sini hari ini diraikan dan diberi kesempatan melawat Zoo Negara....
 

Tarikh Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-pertuan Agong Dipinda

Wednesday, 26 April 2017

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Kerajaan bersetuju tarikh sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V dipinda dari Sabtu minggu pertama bulan Jun kepada Sabtu minggu terakhir Julai sepanjang lima tahun pemerintahan Seri Paduka...


Polis Kenal Pasti Sekolah Ada Masalah Gengsterisme - KPN

Wednesday, 26 April 2017

 KUANTAN, 26 April (Bernama) -- Polis telah mengenal pasti sekolah yang mempunyai masalah gengsterisme di seluruh negara dan tindakan segera akan diambil, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar....
 
Reman Pembantu Warden Disambung Tiga Hari

Wednesday, 26 April 2017

JOHOR BAHRU, 26 April (Bernama) -- Reman terhadap pembantu warden asrama madrasah tahfiz yang didakwa memukul seorang pelajar dilanjut tiga hari lagi....

 
 
 
 
 
 
Issue 160   Issue 159
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


Division Of RMN Fleet Aims At Balancing Naval Strength - RMN Chief

KL -- The division of the Royal Malaysian Navy (RMN) Fleet into two, namely the Western Fleet Command and the Eastern Fleet Command, is aimed at balancing Malaysia's naval strength in the...

   

Penggantian Bas Sekolah Berusia Ambil Masa - Syed Hamid

KUALA PERLIS -- Penggantian bas sekolah yang sudah berusia kepada bas baharu dilihat akan mengambil masa kerana pengusaha bas sekolah kebanyakannya bukan terdiri daripada golongan mampu yang mudah untuk menukar bas mereka.

...
 
..full news     ..berita penuh