Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  Malaysia Beri Keutamaan Bagi Perbelanjaan Pertahanan - Najib  
 
 

Tuesday, 21 March 2017

LANGKAWI, 21 (Bernama) -- Perbelanjaan pertahanan Malaysia akan terus meningkat selepas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memulakan pelan jangka panjang untuk memodenkan dan menaik taraf peralatan mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata RM26 bilion diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RM11) untuk meningkatkan pertahanan, ketenteraman awam dan penguatkuasaan.

"Pertahanan dan keselamatan adalah paling penting kepada mana-mana negara kerana ia adalah satu keutamaan bagi mengekalkan keutuhan wilayah dan kedaulatan negara," katanya ketika berucap merasmikan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA '17) di sini Selasa.



Menurut beliau, Malaysia perlu melengkapkan angkatan tenteranya dengan keupayaan untuk menghadapi peperangan moden iaitu simetri dan asimetri.

"LIMA '17 telah menghimpunkan firma aeroangkasa dan maritim dari seluruh dunia untuk mempromosikan teknologi terkini mereka," katanya.

Perdana Menteri berkata penganjuran LIMA adalah seiring dengan keperluan untuk melengkapkan ATM dengan keupayaan untuk menghadapi peperangan moden.

"Kami sangat berbangga kerana LIMA terus menjadi laluan masuk berkesan kepada satu daripada pasaran terbesar aeroangkasa dan maritim dunia dan ia telah menjadi kalendar acara global utama," katanya.

Najib berkata LIMA '17 yang merupakan edisi ke-14 sejak penganjuran sulungnya pada 1991, telah mengumpulkan 520 syarikat pempamer dari 35 negara mewakili lebih 55 peratus daripada 100 syarikat maritim dan aeroangkasa terulung di dunia.

Beliau berkata lebih 300 delegasi pertahanan dan keselamatan, 55 kapal perang dan bot, 106 pesawat dan 467 wartawan dari seluruh dunia menghadiri pameran itu.

"Menjelang hujung minggu ini, kami menjangkakan lebih 40,000 pelawat perdagangan akan mengunjungi dewan pameran dan ia adalah satu pencapaian bagi keupayaan LIMA untuk menjana perniagaan dan kepentingan awam."

Beliau berkata pembabitan pelbagai kementerian seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pengangkutan telah menambah nilai kepada penganjuran LIMA tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai antara yang hadir ke upacara perasmian LIMA '17.

-- BERNAMA

 
 
 
 
   
 
 

Tahap kesedaran orang ramai mengenai perlindugan takaful, insurans masih rendah

Monday, 23 April 2018

BATU PAHAT, 23 April (Bernama) -- Tahap kesedaran orang ramai terhadap kepentingan mempunyai perlindungan takaful dan insurans masih rendah biarpun pelbagai program kesedaran dan pendidikan telah dilaksanakan....
 
MIDA meterai perjanjian dengan Daher dan IoT Valley Perancis

Monday, 23 April 2018

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) memeterai perjanjian tiga pihak dengan pembuat pesawat, Daher, dan persatuan Objek Rangkaian Internet (IoT), IoT Valley, untuk membawa lebih banyak nilai tambah kepada industri aeroangkasa Malaysia....


20,000 Komuniti Kebun Bandar Menjelang 2020

Sunday, 22 April 2018

PETALING JAYA, 22 April (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan untuk meningkatkan komuniti kebun bandar di seluruh negara daripada11,000 kepada 20,000 pada tahun 2020....
 
Jenazah pensyarah Palestin dijangka dibawa pulang ke Palestin esok

Monday, 23 April 2018

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Jenazah Dr Fadi Mohammed Al Batsh, pensyarah dan imam warga Palestin yang maut ditembak ketika menuju ke Surau Medan Idaman Setapak di sini untuk solat Suboh pada Sabtu lepas, dijangka dibawa pulang ke negara...

 
 
 
 
 
 
Issue 207   Issue 206
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


No points for Hafizh Syahrin in circuit of the Americas

KL -- National MotoGP rider Hafizh Syahrin Abdullah ended the American Motorcycle Grand Prix early today without picking up any points. In the race at the Circuit of the Americas...

   

Beli Harumanis hanya daripada pengedar dalam talian sah

KANGAR -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihati orang ramai supaya hanya membeli buah Harumanis daripada pengedar dalam talian yang sah untuk mengelakkan penipuan. Baginda bertitah ini...

 
..full news     ..berita penuh
 
 
     
FAQClose

No

BERNAMA.com Xtra

BERNAMA PLUS

1

What is BERNAMA.com Xtra?

What is BERNAMA PLUS?

BERNAMA.com Xtra is a subscription based service that gives you full access to all BERNAMA.com contents. 

BERNAMA PLUS is subscription based service that gives you full access to selected BERNAMA.com contents

2

What content is available in BERNAMA.com Xtra?

What content is available in      BERNAMA PLUS?

Subcribers will be able to read all news and articles generated by BERNAMA in both Bahasa Melayu and English. News are available in the following categories:

  • Headlines
  • Top Story
  • General News
  • Politics
  • Business
  • Sports
  • Features
  • World News

Subscribers will be able to read:

  • Exclusive articles focusing on social, economic and environmental issues, latest technology, trends, fashion and entertainment, including health and wellness tips.
  • Newsbriefs@7 containing snippets of selected top stories of the day, released at 7.00 p.m. daily

 

  • Malaysia e-Biz, a weekly business bulletin which provides snippets of selected business news, events and announcements, including market reports and analyses. A Malaysia e-Biz archive is also available.

Stories and articles are enriched with high resolution photos, video footages, infographics and links to related news.

3

How many devices can I access simultaneously?

One subscriber ID is good for single access; you cannot use it on more than one device simultaneously. You need to log out before login on another device. For security purposes the system will automatically logout if the page remain idle for 30 minutes.

4

How do I subscribe for     BERNAMA.com Xtra?

How do I subscribe for             BERNAMA PLUS?

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

5

Do I need to pay for the registration/subscription?

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA.com Xtra.  Click here for available packages.

BERNAMA.com Xtra:

  • Corporate – RM50/month or RM600/year
  • Individual – RM25/month or RM300/year

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA PLUS.  Click here for available packages.

BERNAMA PLUS:
Individual/Corporate

  • RM5/week
  • RM10/month
  • RM120/year

6

Will there be a GST charge for the subscription?

No. (Zero GST)

7

How do I register if I do not have an e-mail address?

You need to have a verified e-mail address in order to register as a member.

8

How soon will I be able to access the service?

You can access the service upon successful registration and payment.

9

Can I change the e-mail address used for my registration?

Your e-mail address will be used as your login ID.  If you need to change your e-mail address, you have to renew you registeration using your preferred e-mail address after your current subscription expires.

10

What can I do if I have problem regarding subscription/registration?

Please call our Customer Service Number at +603-2696 21047, +603-2050 4470 and +603-2059 4683 or e-mail: subscribe@bernama.com for assistance