Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  Bayaran BR1M 2017 Secara Baucar Mulai Esok  
 
 

Friday, 17 February 2017

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi 2017 secara baucar akan dibuat mulai esok (18 Feb).

Menurut kenyataan Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi Kementerian Kewangan, pembayaran secara terus ke akaun bank akan dibuat pada 22 Feb ini.

Bagi penerima BR1M yang tidak memberi maklumat berkaitan akaun bank, baucar BR1M akan dihantar secara pos ke alamat kediaman dan baucar BR1M itu boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Menurut kenyataan itu orang ramai yang ingin bertanya atau membuat semakan berkaitan BR1M boleh menghubungi talian hotline BR1M di talian 1-800-88-2716.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman blognya, www.najibrazak.com berkata sebanyak 5,153,238 permohonan BR1M telah diluluskan kerajaan setakat ini.

Perdana Menteri berkata sebanyak 3,123,950 permohonan lagi masih dalam peringkat pemprosesan dan keputusan dijangka diumumkan bulan depan.

Menurut Najib sebanyak 2,782,799 pemohon akan menerima bantuan RM1,200 manakala 243,434 bagi bantuan RM900 dan selebihnya 2,127,005 layak untuk bantuan RM450.

BR1M, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 adalah antara mekanisme utama penyampaian bantuan subsidi bersasar yang diguna pakai bagi menggantikan sistem subsidi pukal sebelum ini yang kurang berkesan dan mengalami banyak ketirisan.

Bagi BR1M tahun ini, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos.

-- BERNAMA

 
 
 
 
   
 
 

MARDI Meterai MoA Bantu Jana Pendapatan Usahawan Agropreneur Muda Di Sarawak

Tuesday, 21 February 2017

SARATOK, 21 Feb (Bernama) -- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) hari ini hari ini menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bagi memasarkan madu kelulut daripada Usahawan Agropreneur Muda MARDI di seluruh Sarawak melalui My Iqra Solutions....
 

KPDNKK Rampas 998 Tong Gas LPG Bernilai Lebih RM100,000

Tuesday, 21 February 2017

IPOH, 21 Feb (Bernama) -- Sebanyak 998 tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai lebih RM100,000 yang dijual secara haram dirampas di sekitar daerah Kinta sejak Januari hingga semalam....


Sistem Gagal Lindungi Kanak-Kanak Dan Golongan Remaja

Tuesday, 21 February 2017

Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Ini bukan masanya untuk menuding jari, mahu pun mencari 'kambing hitam', lagi pun yang pergi pastinya sudah pergi dan tidak akan kembali lagi!

Memang ramai yang...
 

Jurukamera KBS Buat Liputan Kes Jong-nam Ditahan

Tuesday, 21 February 2017

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedikit kecoh awal pagi ini apabila polis menahan seorang pengamal media asing yang 'berkampung' bersama puluhan media yang membuat liputan kes pembunuhan Kim Jong-nam...

 
 
 
 
 
 
Issue 151   Issue 150
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


No Need To Dispute Malaysia's Forensic Expertise - Dr Subramaniam

KL -- Foreign countries should not dispute the expertise and capabilities of Malaysia's forensic team to conduct the post mortem relating to the death of Kim Jong-nam, said Health Minister...

   

Tidak Perlu Pertikai Kepakaran Forensik Malaysia - Dr Subramaniam

KL -- Negara asing tidak seharusnya mempertikai kepakaran dan keupayaan pasukan forensik negara dalam menjalankan bedah siasat berhubung kematian Kim Jong-nam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

...
 
..full news     ..berita penuh