Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  Exim Bank Agih RM1.3 Juta Zakat Kepada Asnaf Sepanjang 2017  
 
 

Friday, 17 February 2017

BUTTERWORTH, 17 Feb (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Berhad (Exim Bank) akan mengagihkan sumbangan zakat bernilai RM1.3 juta kepada golongan asnaf di beberapa negeri sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Exim Bank Norzilah Mohammed berkata negeri terbabit ialah Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Terengganu serta Sarawak dan ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial (CSR) badan korporat itu.

"Kami juga turut menyalurkan bantuan perubatan kepada golongan tidak berkemampuan dan mereka boleh berjumpa dengan ejen kami di pejabat di bahagian utara (Seberang Jaya), selatan (Johor) dan juga di Kuching (Sarawak).





"Hari ini kami telah menyalurkan sumbangan wang zakat sebanyak RM183,000 kepada 183 golongan asnaf dan fakir miskin di sini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Norzilah berkata pada tahun ini Exim Bank cawangan Seberang Jaya mengenal pasti seramai 183 keluarga dengan memperuntukkan RM1,000 setiap keluarga.

-- BERNAMA

 
 
 
 
   
 
 

Nicol Mara Ke Suku Akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Britain 2017

Friday, 24 March 2017

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David meneruskan aksi cemerlang dengan mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Britain 2017 yang berlangsung di Arena Airco di Hull, England lewat Khamis (Jumaat di Malaysia)....
 
KPDNKK Perak Serbu Dua Syarikat Guna Perisian Salinan Langgaran

Friday, 24 March 2017

IPOH, 24 Mac (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak menyerbu dua syarikat di sekitar Ipoh selepas disyaki menggunakan perisian salinan langgaran (cetak rompak) bagi menjalankan perniagaan mereka....


Speaker Dewan Negara Terima Kunjungan Duta Besar Belarus

Friday, 24 March 2017

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri S A Vigneswaran hari ini menerima kunjungan hormat Duta Besar Belarus ke Malaysia Vladimir N Lopato-Zagorsky di bangunan Parlimen di sini....
 

FAP Lantik Zainal Abidin Untuk Selamatkan Harimau Kumbang

Friday, 24 March 2017

GEORGE TOWN, 24 Mac (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) melantik bekas jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan sebagai ketua jurulatih baharu skuad Harimau Kumbang dalam usaha menyelamatkan pasukan itu daripada tersingkir ke Liga Perdana musim depan....

 
 
 
 
 
 
Issue 156   Issue 155
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


Dewan Negara President Receives Visit By Belarus Ambassador

KL -- Dewan Negara president Datuk Seri S.A. Vigneswaran today received a courtesy call from Belarus ambassador to Malaysia, Vladimir N. Lopato-Zagorsky at Parliament building, here.Vigneswaran said the visit was...

   

Mohamad Hasan Yakin Kemampuan TMJ Terajui FAM

SEREMBAN -- Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) yakin dengan kemampuan Tunku Ismail Sultan Ibrahim membantu melonjakkan prestasi skuad kebangsaan sebagai presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

...
 
..full news     ..berita penuh