Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  Kesucian Al-Quran Diutamakan Di Nasyrul Quran  
 
 

Tuesday, 16 October 2018

Oleh Salbiah Said

PUTRAJAYA (Bernama) -- Bukan mudah untuk mengekalkan kedudukannya sebagai kilang percetakan al-Quran yang kedua terbesar di dunia, selepas Madinah, Arab Saudi.

Bagi Nasyrul Quran, tanggung jawab yang dipikul amat berat kerana elemen kesucian setiap naskhah al-Quran yang dihasilkan di kilangnya perlu diutamakan.




Untuk menjamin mutu yang tinggi, setiap ejaan, baris dan maksud akan diperiksa oleh kakitangan yang bertauliah dalam ilmu al-Quran, manakala pekerja tetap di kompleks ini juga merupakan pelajar lulusan tahfiz.

Proses pemeriksaan itu dilakukan dengan teliti - sebanyak tiga kali, iaitu sebelum terhasilnya al-Quran, demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nasyrul Quran, Datuk Abdul Latif Mirasa semasa memberi taklimat kepada para pelawat ke kompleks itu baru-baru ini.

Antarannya termasuk 22 orang anggota Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) diketuai Presidennya Sariha Mohd Ali.

PENYEBARAN QURAN

Pusat ini yang beroperasi sejak pertengahan tahun lalu bukan sahaja berfungsi sebagai pusat percetakan, tetapi juga sebagai pusat penyelidikan, pentafsiran, penterjemahan dalam pelbagai bahasa, penerbitan dan pengagihan al-Quran.

Nasyrul al-Quran yang bermaksud penyebaran quran, telah menarik lebih daripada 40,000 orang tetamu dan pelawat sejak ia beroperasi di Presint 14 di sini.

Kompleks bernilai RM60 juta yang terletak di atas tanah seluas 2.09 hektar ini dikendalikan oleh Yayasan Restu yang ditubuhkan sebagai sebuah NGO di Pulau Pinang sejak 1988.

Abdul Latif berkata yayasan itu mempunyai 11 cabang kesenian Islam termasuklah sebuah kolej kesenian Islam yang beroperasi di Shah Alam, Selangor.




Berpengalaman dalam penghasilan mushaf salinan tangan selama 23 tahun, Yayasan Restu mampu mencetak sejuta naskhah al-Quran setahun untuk keperluan wakaf dalam negeri (70 peratus) dan minoriti Muslim di luar negara (30 peratus), katanya.

LEBIH 100 MASJID DIBINA

Abdul Latif berkata, sehingga kini, Yayasan Restu telah membina lebih 100 masjid di Malaysia, antaranya di Pangkor, Shah Alam dan Hotel Muzaffar lima bintang di Melaka.

Menurut Pengurus Produksi di bahagian percetakan Nasyrul Quran, Roslain Mat, pusat itu menyasarkan pengeluaran 3 juta naskhah al-Quran setahun dengan pertambahan mesin pencetak.

Beliau berkata pusat itu yang mempunyai 70 orang tenaga kerja, mencetak 80,000 hingga 100,000 al-Quran sebulan.

Sebanyak 450,000 naskhah al-Quran dan 250,000 naskhah surah yasin serta surah terpilih telah dicetak sejak ia beroperasi. Kini hampir 350,000 naskhah al Quran dan 190,000 naskhah yasin telah diedar, katanya.

Roslain berkata penulisan tangan dihasilkan oleh pihak ustaz, manakala pewarnaan oleh ustazah kerana tugasan tersebut memerlukan ketekunan dan kesabaran.




20 PENYEMAK AL-QURAN

"Terdapat 20 penyemak al-Quran di sini, dan setiap hari mereka mengambil masa 2 hingga 4 jam untuk menyemak 16 muka surat. Team inilah yang akan meletakkan cop Kementerian Dalam Negeri pada setiap naskhah Al-Quran selepas selesai semakan.

"Mesin pencetak di sini mampu menghasilkan 12,500 helai al-Quran setiap satu jam, dan setiap proses adalah melalui QC (kawalan mutu)," kata Roslain.

Mesin yang dimport dari negara China, Jepun dan Jerman itu mempunyai sistem mengimbas kesalahan ejaan pada setiap helaian al-Quran dan mengenal pasti kerosakan, kata Roslain.

Terdapat pelbagai al-Quran cetakan Nasyrul Quran dan Yayasan Restu yang hanya boleh didapati secara online. Antaranya termasuk Al-Quran Perkata, Al-Quran Tajwid Berwarna dan Al-Quran Terjemahan Jawi.

-- BERNAMA



 
 
 
 
   
 
 

Mahathir's Malaysia Is Bouncing Back

Saturday, 03 November 2018

By M. Saraswathi
KUALA LUMPUR, Nov 3 (Bernama) – As I randomly picked ‘The Economist’ today and flipped through its pages, an advertisement beamed with pride: “Malaysia: Bullish on Bouncing Back”.

...
 

Fauziah Mahu Giatkan Seni Lukisan Batik Untuk Kanak-kanak

Wednesday, 17 October 2018

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Menyaksikan hasil lukisan Fauziah Yahya di ruang lobi sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini, apa yang terlintas di fikiran adalah ‘hiasan untuk bilik nurseri.’

Sembilan ekor ‘keluarga’ comel kucing berwarna-warni dilukis sedang tergolek bersantai memandang...



Kesucian Al-Quran Diutamakan Di Nasyrul Quran

Tuesday, 16 October 2018

Oleh Salbiah Said

PUTRAJAYA (Bernama) -- Bukan mudah untuk mengekalkan kedudukannya sebagai kilang percetakan al-Quran yang kedua terbesar di dunia, selepas Madinah, Arab Saudi.

...
 

Fatty Liver: Are Prescribed Medications The Culprit?

Monday, 15 October 2018

(Last of a Two-Part Interview)

By Salbiah Said

PETALING JAYA, Oct 15 (Bernama) -- There are currently no medications approved specifically for the treatment of fatty liver, doctors say.

...

 
 
 
 
 
 
Issue 234   Issue 232
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


Courageous, visionary leadership needed now more than ever - Sultan Nazrin Shah

KL -- The Sultan of Perak, Sultan Nazrin Shah, today emphasised the importance of having courageous and visionary leadership, saying it is something needed now more than ever. He said...

   

Laluan alternatif atasi kesesakan di Cameron Highlands dalam kajian

KL -- Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji untuk membangunkan jalan pintasan Cameron Highlands sebagai laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas serius di daerah itu khasnya semasa musim cuti.

...
 
..full news     ..berita penuh
 
 
     
FAQClose

No

BERNAMA.com Xtra

BERNAMA PLUS

1

What is BERNAMA.com Xtra?

What is BERNAMA PLUS?

BERNAMA.com Xtra is a subscription based service that gives you full access to all BERNAMA.com contents. 

BERNAMA PLUS is subscription based service that gives you full access to selected BERNAMA.com contents

2

What content is available in BERNAMA.com Xtra?

What content is available in      BERNAMA PLUS?

Subcribers will be able to read all news and articles generated by BERNAMA in both Bahasa Melayu and English. News are available in the following categories:

  • Headlines
  • Top Story
  • General News
  • Politics
  • Business
  • Sports
  • Features
  • World News

Subscribers will be able to read:

  • Exclusive articles focusing on social, economic and environmental issues, latest technology, trends, fashion and entertainment, including health and wellness tips.
  • Newsbriefs@7 containing snippets of selected top stories of the day, released at 7.00 p.m. daily

 

  • Malaysia e-Biz, a weekly business bulletin which provides snippets of selected business news, events and announcements, including market reports and analyses. A Malaysia e-Biz archive is also available.

Stories and articles are enriched with high resolution photos, video footages, infographics and links to related news.

3

How many devices can I access simultaneously?

One subscriber ID is good for single access; you cannot use it on more than one device simultaneously. You need to log out before login on another device. For security purposes the system will automatically logout if the page remain idle for 30 minutes.

4

How do I subscribe for     BERNAMA.com Xtra?

How do I subscribe for             BERNAMA PLUS?

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

5

Do I need to pay for the registration/subscription?

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA.com Xtra.  Click here for available packages.

BERNAMA.com Xtra:

  • Corporate – RM50/month or RM600/year
  • Individual – RM25/month or RM300/year

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA PLUS.  Click here for available packages.

BERNAMA PLUS:
Individual/Corporate

  • RM5/week
  • RM10/month
  • RM120/year

6

Will there be a GST charge for the subscription?

No. (Zero GST)

7

How do I register if I do not have an e-mail address?

You need to have a verified e-mail address in order to register as a member.

8

How soon will I be able to access the service?

You can access the service upon successful registration and payment.

9

Can I change the e-mail address used for my registration?

Your e-mail address will be used as your login ID.  If you need to change your e-mail address, you have to renew you registeration using your preferred e-mail address after your current subscription expires.

10

What can I do if I have problem regarding subscription/registration?

Please call our Customer Service Number at +603-2696 21047, +603-2050 4470 and +603-2059 4683 or e-mail: subscribe@bernama.com for assistance