Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  Khalid dan Seul Teruja Dapat Sambut Syawal Di Malaysia  
 
 

Tuesday, 05 June 2018

Oleh Jenny Imanina Lanong Abdullah

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Tiada yang lebih bermakna buat Muhamad Khalid Ismail, 30, dan isterinya Lee Seul yang mendirikan rumahtangga pada 9 April tahun lepas apabila dapat menyambut Ramadan dan Syawal bersama.

Tahun ini merupakan tahun kedua buat Seul untuk merasai pengalaman berpuasa dan meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.



Khalid dan isterinya Lee Seul mengambil peluang berbuka puasa bersama-sama muslim yang lain berdekatan dengan masjid Pusat Seoul Itaewon sebelum berangkat pulang ke Malaysia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pasangan yang pernah tular dengan tanda pagar #Kimchiuntuksaya #buduuntukawak yang merujuk kepada pertembungan dua budaya dari dua negara yang berbeza iaitu Malaysia dan Korea Selatan diibaratkan seperti kimchi (makanan kegemaran masyarakat Korea) bertemu budu (makanan tradisional yang terkenal di Malaysia) yang juga menjadi kegemaran masyarakat di Kelantan dan Terengganu.

Khalid yang berasal dari Kota Bharu kini menetap di Korea Selatan bersama isterinya Lee Seul yang merupakan seorang guru di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di bandar Gunpo, Gyeonggi.

CABARAN BERPUASA DI KOREA SELATAN

Menceritakan kepada BERNAMA pengalaman berpuasa di Korea Selatan, Khalid berkata berpuasa di perantauan agak mencabar jika nak dibandingkan dengan suasana berpuasa di Malaysia.

"Disebabkan tidak ramai yang berpuasa, hanya kita saja sementara orang lain di sekeliling makan minum seperti biasa jadi agak mencabar. Lihat rakyat Korea minum air sejuk saja, terliur jugalah dibuatnya. Saya jarang sekali berjumpa dengan rakan-rakan Korea sepanjang bulan Ramadan, katanya.

Waktu puasa yang agak panjang iaitu selama 17 jam dan cuaca yang panas di Korea Selatan pada masa ini memberi pengalaman yang agak menguji terutamanya kepada isterinya yang baharu hendak belajar untuk berpuasa penuh.

Menurut Khalid pertama kali Seul berpuasa pada tahun lepas. Pada mulanya agak susah untuk isterinya berpuasa kerana tidak biasa dengan menahan dahaga dan lapar untuk tempoh yang panjang di samping persekitaran mereka yang tiada orang yang berpuasa.

Namun katanya beliau tidak mahu terlalu memaksa untuk Seul terus berpuasa penuh dan mahu isterinya belajar secara perlahan dan mengikut kemampuannya kerana Seul masih dalam proses membiasakan diri.


Khalid yang berasal dari Kota Bharu kini menetap di Korea Selatan bersama isterinya Lee Seul yang merupakan seorang guru.


Berkongsi tentang suasana bersahur, Khalid berkata kebiasaannya mereka bangun pukul tiga pagi.

SUASANA BULAN PUASA DI KOREA SELATAN

Bekas peserta program Abnormal Summit ini memberitahu disebabkan Korea Selatan bukan negara Islam, suasana bulan puasa dengan hari-hari biasa tiada bezanya. Urusan harian berjalan seperti biasa.

"Untuk orang Muslim yang tinggal berdekatan dengan masjid, biasanya akan pergi ke masjid untuk iftar bersama-sama dan solat terawih.

"Tetapi macam kami disebabkan tinggal berjauhan dari masjid, kami hanya ke sana sekali dua sahaja sepanjang bulan Ramadan dan solat terawih saya dan isteri lakukan di rumah," katanya. Berkenaan tanggungjawab membayar zakat fitrah, Khalid berkata mereka boleh melaksanakan tanggungjawab itu di masjid yang terletak di Itaewon. Yang menariknya di sini katanya pihak masjid hanya menyediakan tabung zakat fitrah dan orang Islam hanya perlu memasukkan duit ke dalam tabung kerana tiada pegawai yang bertugas.

Mengenai juadah berbuka, Khalid berkata isterinya hanya masak seperti biasa makanan Korea kegemaran mereka seperti daging bakar ala Korea, 'spicy chicken stew' , dan semestinya masakan ulaman Korea seperti kimchi, kobis cina , ikan bilis goreng dan lain-lain.

Sementara itu, menu yang wajib dan istimewa pada tahun ini pula katanya ialah smoothie buah-buahan. Khalid berkata, Seul gemar membuat smoothie buaha-buahan kerana baik untuk kesihatan dan dapat menghilangkan rasa haus dengan cepat.



Menurut Khalid, untuk menu berbuka puasa Seul hanya masak seperti biasa makanan Korea kegemaran mereka seperti daging bakar ala Korea, ‘spicy chicken stew’ , dan semestinya masakan ulaman Korea seperti kimchi, kobis cina , ikan bilis goreng dan lain-lain.

PERSIAPAN MENYAMBUT SYAWAL

Sambutan Syawal kali ini pasti berbeza dengan sebelumnya apabila mereka buat pertama kalinya dapat menyambut kedatangan 1 Syawal bersama di Malaysia.

"InsyaAllah kami akan pulang ke Malaysia pada 7 Jun dan Seul akan dapat merasai suasana berpuasa di Malaysia. Macam hari raya tahun lepas jatuh hari bekerja, boleh dikatakan kami tidak dapat menyambut hari raya kerana Seul perlu bertugas pada hari tersebut.

"Saya pula hanya ke Seoul Mosque untuk solat hari raya dan beramah mesra dengan warga Muslim tempatan. InsyaAllah kami akan pulang berhari raya pada tahun ini dan kiranya tahun ini pertama kali untuk Seul menyambut hari raya, katanya gembira dapat menyambut Aidilfitri di tanahair tercinta dan tidak sabar hendak mencari baju raya yang sesuai setibanya mereka di Kota Bharu nanti.

Katanya baju raya itu akan menjadi persalinan raya yang pertama buat Lee Seul.



 

Bercerita tentang juadah Hari Raya yang menjadi kesukaan Seul, Khalid berkata isterinya suka makan sate dan dia juga teruja untuk mengetahui juadah lain yang mungkin menjadi kesukaan Seul.

PENGALAMAN SAMBUT AIDILFITRI DI PERANTAUAN

Berkongsi pengalaman menyambut Aidilfitri di perantauan, Khalid berkata kebiasaanya kalau Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari cuti dan mereka dapat bercuti, mereka akan sambut 1 Syawal di kedutaan besar Malaysia di Seoul.

Peluang ini katanya digunakan untuk berkumpul dengan rakyat Malaysia yang lain sambil menikmati juadah Hari Raya yang disediakan oleh pihak kedutaan.

Dari segi pemakaian pula, tiada pakaian yang khusus. Biasanya kalau ke Masjid Seoul, ada rakyat dari pelbagai negara akan mengenakan pakaian tradisi mereka untuk bersolat.

"Kalau rakyat Malaysia yang berkunjung ke Kedutaan Malaysia, kami akan memakai baju melayu atau tradisi yang lain," katanya.

-- BERNAMA

 
 
 
 
   
 
 

Bidang Jahitan Sumber Kelangsungan Hidup

Monday, 11 June 2018

Oleh Suriani Razali

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sejak sekian lama kerja-kerja menjahit lebih dominan dimonopoli oleh kaum hawa....
 

Commentary - Tabung Harapan The People Stand Hand In Hand With Malaysia

Sunday, 10 June 2018

By Rosemarie Khoo Mohd Sani & Aishah Afandi

KUALA LUMPUR (Bernama) -- “Hand in Hand” was the revered Olympic theme song when South Korea hosted the 1988 global sporting event in Seoul. When hit by the Asian...


Cabaran Ramadan Pasangan Perkahwinan Jarak Jauh

Monday, 28 May 2018

Oleh Murni Nasri

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Perkahwinan menghubungkan bukan sahaja dua jiwa tetapi juga menyatukan ukhuwah dua buah keluarga yang memberikan pelbagai perasaan dan pengalaman kepada setiap orang.

Lazimnya, pasangan yang sudah mendirikan...
 

Cybersecurity Can Play Bigger Role In Malaysia

Friday, 25 May 2018

By Christine Lim

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Cybersecurity can play a bigger role in creating a more competitive and secure business environment in Malaysia, said Dr Rajni Goel, Professor of Information Systems and Supply Chain Management at...

 
 
 
 
 
 
Issue 212   Issue 211
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


MPHTJ to compensate family of woman crushed to death by falling tree branch

MELAKA -- The Hang Tuah Jaya Municipal Council (MPHTJ) is prepared to compensate the family of Intan Syahira Ahmad Safri who was killed by a falling tree branch at Jalan Ayer Keroh Lama, Bukit...

   

Harga RON 95 dan diesel kekal hingga akhir tahun

PUTRAJAYA -- Harga RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada  RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter, sehingga akhir tahun ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Kerajaan telah memperuntukkan RM3 bilion subsidi untuk RON95 dan diesel, bagi...

 
..full news     ..berita penuh
 
 
     
FAQClose

No

BERNAMA.com Xtra

BERNAMA PLUS

1

What is BERNAMA.com Xtra?

What is BERNAMA PLUS?

BERNAMA.com Xtra is a subscription based service that gives you full access to all BERNAMA.com contents. 

BERNAMA PLUS is subscription based service that gives you full access to selected BERNAMA.com contents

2

What content is available in BERNAMA.com Xtra?

What content is available in      BERNAMA PLUS?

Subcribers will be able to read all news and articles generated by BERNAMA in both Bahasa Melayu and English. News are available in the following categories:

  • Headlines
  • Top Story
  • General News
  • Politics
  • Business
  • Sports
  • Features
  • World News

Subscribers will be able to read:

  • Exclusive articles focusing on social, economic and environmental issues, latest technology, trends, fashion and entertainment, including health and wellness tips.
  • Newsbriefs@7 containing snippets of selected top stories of the day, released at 7.00 p.m. daily

 

  • Malaysia e-Biz, a weekly business bulletin which provides snippets of selected business news, events and announcements, including market reports and analyses. A Malaysia e-Biz archive is also available.

Stories and articles are enriched with high resolution photos, video footages, infographics and links to related news.

3

How many devices can I access simultaneously?

One subscriber ID is good for single access; you cannot use it on more than one device simultaneously. You need to log out before login on another device. For security purposes the system will automatically logout if the page remain idle for 30 minutes.

4

How do I subscribe for     BERNAMA.com Xtra?

How do I subscribe for             BERNAMA PLUS?

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

5

Do I need to pay for the registration/subscription?

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA.com Xtra.  Click here for available packages.

BERNAMA.com Xtra:

  • Corporate – RM50/month or RM600/year
  • Individual – RM25/month or RM300/year

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA PLUS.  Click here for available packages.

BERNAMA PLUS:
Individual/Corporate

  • RM5/week
  • RM10/month
  • RM120/year

6

Will there be a GST charge for the subscription?

No. (Zero GST)

7

How do I register if I do not have an e-mail address?

You need to have a verified e-mail address in order to register as a member.

8

How soon will I be able to access the service?

You can access the service upon successful registration and payment.

9

Can I change the e-mail address used for my registration?

Your e-mail address will be used as your login ID.  If you need to change your e-mail address, you have to renew you registeration using your preferred e-mail address after your current subscription expires.

10

What can I do if I have problem regarding subscription/registration?

Please call our Customer Service Number at +603-2696 21047, +603-2050 4470 and +603-2059 4683 or e-mail: subscribe@bernama.com for assistance