Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  Emas Jadi Dambaan Di WSC 2017, Abu Dhabi  
 
 

Monday, 02 October 2017

Oleh Suriani Razali

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Malaysia meneruskan penyertaannya kali ke-12 ke WorldSkills Competition (WSC) yang bakal berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu pada pertengahan Oktober ini dengan mensasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas.

WorldSkills Competition (WSC) kali ke-44 ini merupakan pertandingan kemahiran peringkat dunia yang dikendalikan oleh WorldSkills International (WSI) dan sehingga kini sebanyak 77 negara telah menjadi ahli organisasi Worldskills.



Tujuan utama WSC adalah untuk memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke peringkat yang lebih tinggi dan sebagai salah satu hub utama dalam mentransformasikan sosioekonomi negara.

Pada pertandingan peringkat dunia itu sebanyak 50 bidang kemahiran (skills area) akan dipertandingkan.

Malaysia telah menjadi ahli Worldskill International (WSI) sejak tahun 1993 dan pada tahun tersebut Malaysia buat pertama kali telah menyertai WorldSkills Competition (WSC) di Taipei, Taiwan.

SASARAN NEGARA

Malaysia akan menyertai 20 bidang yang melibatkan 21 peserta untuk WorldSkills Competitions (WSC) Abu Dhabi 2017 tahun ini.

Antara bidang-bidangnya adalah Teknologi Automobil (Automobile Technology), Terapi Kecantikan (Beauty Therapy), Penurapan Bata (Bricklaying), Pembuatan Perabot (Cabinetmaking), Masakan (Cooking), Elektronik (Electronics), Pemasangan Elektrik (Electrical Installations), Teknologi Fesyen (Fashion Technology), Dandanan Rambut (Hairdressing), Reka Bentuk Kejuruteraan Mekanikal CAD (Mechanical Engineering Design CAD) dan Mekatronik (Mechatronics).

"Kita mensasarkan lima pingat dan sekurang-kurangnya satu pingat emas di WSC Abu Dhabi," kata Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Nidzam Kamarulzaman dalam sesi temubual eksklusif bersama Bernama PLUS baru-baru ini.

"Kali terakhir kita memenangi pingat adalah pada WorldSkills Competitions (WSC) 2015 di Sao Paulo, Brazil dengan berjaya meraih satu pingat gangsa bagi Dandanan Rambut dan 12 pingat Medallion of Excellence," tambah Nidzam lagi.


Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Nidzam Kamarulzaman ketika ditemubual secara eksklusif oleh Bernama PLUS


Medallion of Excellence merupakan pingat yang diberikan kepada peserta yang bertanding setelah mendapat markah 400 ke atas.

PERSEDIAAN

Antara strategi yang telah pihak kementerian lakukan adalah dengan mengadakan kem motivasi sebanyak dua kali bagi menaikkan semangat para peserta.

"Peserta yang dipilih adalah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik dan terdiri daripada pemenang di peringkat WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) dan ASEAN Skills Competitions (ASC). Mereka semua diberi latihan secara berterusan di Pusat Kecemerlangan mengikut bidang masing-masing dan latihan di luar negara (negara yang pernah memenangi pingat).

Selain itu dengan terjalinnya hubungan persefahaman dengan negara-negara serantau, mereka juga didedahkan dengan 'pertandingan persahabatan' di Pusat Pelatihan Garmen Bandung, Indonesia (Teknologi Fesyen), UK Skills Selection, Manchester (Dandanan Rambut), Hong Kong National Skills Competition (Terapi Kecantikan) dan juga latihan professional di Australia (Reka Bentuk Web).

Dalam pada itu juga peserta didedahkan dengan latihan bersama pakar (chief expert) dari negara luar contohnya bagi bidang Penjubinan Dinding dan Lantai, Penurapan Bata, Pembuatan Perabot, Pertukangan Tanggam dan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara dari Global Skills Challenge Sydney, Australia.

Sementara di negara China dan Korea, para pelatih masing-masing dihantar mengikuti latihan di Chinese Taipei Special and Invitation Skills Competition dan Global Institute for Transfering Skills dalam bidang-bidang seperti Pengurusan Sistem Rangkaian IT, Reka Bentuk Kejuruteraan Mekanikal -CAD dan juga Pembangunan dan Reka Bentuk Web.

Menurut Nidzam, pembangunan modul latihan adalah mengikut kehendak soalan termasuk bahan latihan.

GANJARAN UNTUK PEMENANG EMAS

Sudah 12 kali penyertaan di peringkat global semestinya pingat emas menjadi dambaan bagi memecah kemarau pingat selama 24 tahun negara bagi pertandingan seumpama ini.

"Jika mana-mana peserta berjaya membawa pulang emas mereka bakal memperoleh insentif sebanyak RM40,000 dan tambahan RM100,000 daripada kerajaan seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi semasa pelancaran Kempen 'Road to Abu Dhabi'.

Bukan sahaja nilai ringgit yang akan dibawa pulang tetapi, sijil Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Tahap 5 iaitu setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi Institut Pengajian Tinggi Malaysia (IPTA) bagi bidang akademik," ujar Nidzam.

Semua usaha yang diberi dari segi pendedahan, pertandingan dan insentif adalah bertujuan memberi keyakinan dan meningkatkan kemahiran peserta.

Diharapkan kesemua 21 peserta yang akan ke Abu Dhabi pada 15 hingga 18 Oktober ini akan pulang membawa berita gembira dan sekaligus mengharumkan nama negara.

-- BERNAMA

 
 
 
 
   
 
 

Establishment Of Shipping Fund Long Overdue, Says MASA

Saturday, 07 October 2017

By Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR (Bernama) -- The establishment of a shipping fund is long overdue and needs to be looked into with urgency to help local players survive and for the shipping industry...
 

Shipping Industry Players Seek Additional Assistance Under Budget 2018

Wednesday, 04 October 2017

By Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR (Bernama) -- As the domestic shipping industry has yet to fully recover from the effects of the economic downturn from a decade ago, local players are seeking for additional assistance in...


Lebih 400 Barangan Dalam Aplikasi Paparan Harga KPDNKK

Tuesday, 03 October 2017

KUALA LUMPUR, -- Para pengguna di negara ini kini boleh mendapatkan harga lebih daripada 400 item di kawasan mereka dengan hanya memuat turun aplikasi telefon pintar Paparan Harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Item-item...
 

Pencatutan: Pengguna Digesa Lapor Kepada Kementerian

Tuesday, 03 October 2017

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Para pengguna negara ini diseru untuk menjadi mata dan telinga bagi menyampaikan maklumat tentang aktiviti pencatutan dan kenaikan harga yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

Kenaikan harga yang melampau perlu dimaklumkan kepada pihak Kementerian...

 
 
 
 
 
 
Issue 183   Issue 182
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


Kota Kinabalu High Court Dismisses Shafie's Remand Review Application

KOTA KINABALU -- The High Court here today rejected the application by former Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal for review of his remand by the Malaysian...

   

Parlimen: Lebih 300 Individu Terlibat Elemen Daesh Ditangkap

KL - Sebanyak 346 individu yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Daesh termasuk 95 rakyat negara ini ditahan sehingga 6 Okt lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.  Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri...

 
..full news     ..berita penuh
 
 
     
FAQClose

No

BERNAMA.com Xtra

BERNAMA PLUS

1

What is BERNAMA.com Xtra?

What is BERNAMA PLUS?

BERNAMA.com Xtra is a subscription based service that gives you full access to all BERNAMA.com contents. 

BERNAMA PLUS is subscription based service that gives you full access to selected BERNAMA.com contents

2

What content is available in BERNAMA.com Xtra?

What content is available in      BERNAMA PLUS?

Subcribers will be able to read all news and articles generated by BERNAMA in both Bahasa Melayu and English. News are available in the following categories:

  • Headlines
  • Top Story
  • General News
  • Politics
  • Business
  • Sports
  • Features
  • World News

Subscribers will be able to read:

  • Exclusive articles focusing on social, economic and environmental issues, latest technology, trends, fashion and entertainment, including health and wellness tips.
  • Newsbriefs@7 containing snippets of selected top stories of the day, released at 7.00 p.m. daily

 

  • Malaysia e-Biz, a weekly business bulletin which provides snippets of selected business news, events and announcements, including market reports and analyses. A Malaysia e-Biz archive is also available.

Stories and articles are enriched with high resolution photos, video footages, infographics and links to related news.

3

How many devices can I access simultaneously?

One subscriber ID is good for single access; you cannot use it on more than one device simultaneously. You need to log out before login on another device. For security purposes the system will automatically logout if the page remain idle for 30 minutes.

4

How do I subscribe for     BERNAMA.com Xtra?

How do I subscribe for             BERNAMA PLUS?

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

5

Do I need to pay for the registration/subscription?

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA.com Xtra.  Click here for available packages.

BERNAMA.com Xtra:

  • Corporate – RM50/month or RM600/year
  • Individual – RM25/month or RM300/year

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA PLUS.  Click here for available packages.

BERNAMA PLUS:
Individual/Corporate

  • RM5/week
  • RM10/month
  • RM120/year

6

Will there be a GST charge for the subscription?

No. (Zero GST)

7

How do I register if I do not have an e-mail address?

You need to have a verified e-mail address in order to register as a member.

8

How soon will I be able to access the service?

You can access the service upon successful registration and payment.

9

Can I change the e-mail address used for my registration?

Your e-mail address will be used as your login ID.  If you need to change your e-mail address, you have to renew you registeration using your preferred e-mail address after your current subscription expires.

10

What can I do if I have problem regarding subscription/registration?

Please call our Customer Service Number at +603-2696 21047, +603-2050 4470 and +603-2059 4683 or e-mail: subscribe@bernama.com for assistance