Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  PECIPTA 2017 'Berkampung' Di Luar Lokasi Lazim  
 
 

Friday, 29 September 2017

Oleh Suriani Razali

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Buat pertama kalinya Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) akan diadakan jauh dari lokasi lazimnya iaitu KLCC ke Terengganu yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 Oktober ini bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus.

PECIPTA merupakan acara dwi-tahunan yang dianjurkan secara bersama di antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Awam (UA) sejak tahun 2001.




Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah dipertanggungjawabkan kepada sebagai penganjur bersama bagi penganjuran kali ini.

"Program ini julung-julung kali diadakan di luar Kuala Lumpur yang mana pengisiannya adalah mempamerkan hasil ciptaan dan inovasi, sesi pemadanan perniagaan (business matching and pitching), ceramah daripada ikon yang berjaya (icon talk) dan demonstrasi secara langsung (live demo) dari para peserta," kata Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT, Prof Dr Mazlan Abd Ghaffar ketika sesi temubual bersama Bernama WebTV baru-baru ini.

Dua kategori baharu yang diperkenalkan adalah Kisah Kejayaan (Showcase of Success Story) iaitu hasil pengumpulan projek-projek sama ada perseorangan atau komuniti yang berjaya dikomersialkan dan Perkhidmatan dan Konsultansi (Services & Consultancy) iaitu peluang kepada industri dalam mendapatkan servis dan khidmat nasihat daripada ahli akademik.

Dalam temubual yang sama, Timbalan Pengarah (Inovasi & Pengkomersialan) UniSZA, Dr. Zarina Mohamad menyatakan bahawa sebanyak 10 kluster utama digunapakai bagi menekankan peranan mereka di dalam penglibatan bersama industri mahupun menyediakan penyelesaian kepada industri dan komuniti melalui inovasi.

Antara kluster-kluster tersebut adalah Alam Sekitar dan Tenaga yang Diperbaharui (Environment and Renewable Energy), Pertanian dan Akuakultur (Agriculture and Aquaculture), Rekabentuk Industri (Industrial design), Kejuruteraan bangunan dan seni bina (building engineering and architecture), Pengurusan Bencana (Disaster management) dan Pelancongan (Tourism, travel and tours).

Terdapat satu kluster baharu yang diketengahkan iaitu pelancongan yang diketengahkan sejajar dengan usaha bagi menyokong Tahun Melawat Terengganu 2017.

"Sebanyak 416 produk akan dibawa ke PECIPTA 2017 yang bakal menjanjikan kepelbagaian inovasi sama ada produk itu sendiri, model ataupun kaedah penyelesaian terkini kepada industri mahupun komuniti. Antaranya adalah aplikasi sistem maklumat melalui pelbagai gajet terkini, penemuan sains yang baharu dan terkini, pelbagai kaedah baharu bagi penyelesaian masalah (solution provider) untuk sektor perkhidmatan, komuniti dan industri.

Selain itu kita mahu menonjolkan penyelidikan translasi yang mana memastikan penyelidikan mampu diterjemahkan bagi penyelesaian kepada isu nasional dan antarabangsa," ujar Zarina.


Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT, Prof Dr Mazlan Abd Ghaffar (tengah) bersama Timbalan Pengarah (Inovasi & Pengkomersialan) UniSZA, Dr. Zarina Mohamad (kanan) ketika sesi temubual bersama Bernama WebTV.


Bertemakan Memupuk Usahawan Menerusi Pendidikan, Industri, Teknologi dan Inovasi Sosial, persidangan kali ini diharap dapat meningkatkan lagi prestasi dan memacu Keluaran Dalam Negeri Kasar negara seterusnya memberi momentum kepada golongan M40 dari aspek penjanaan pendapatan isi rumah serta peningkatan taraf hidup.

"Sebanyak 20 universiti swasta telah menerima geran penyelidikan daripada KPT dan turut menyatakan sokongan dan penglibatan dalam edisi kali ini.

Dengan menyasarkan penyertaan lebih 400 produk inovasi tempatan dan antarabangsa, diharapkan persidangan ini mampu menarik ramai para pelabur yang berpotensi berdasarkan kluster-kluster berkaitan, tambah Mazlan.

-- BERNAMA

 
 
 
 
   
 
 

MGA: Harga LNG Dijangka Kompetitif Menjelang 2019

Monday, 01 January 2018

Oleh HARIZAH HANIM MOHAMED & NIAM SEET WEI

KUALA LUMPUR, 1 Jan(Bernama) -- Harga gas asli cecair(LNG) di pasarantempatan dijangka menjadi lebih kompetitif menjelang2019dengan jangkaanpenyertaan lebihramai pemain industrisusulan pengenalanmekanisme Akses Pihak Ketiga(TPA) tahun lepas, kata...
 

Perodua Upbeat Over 2018 With EEV Trio

Saturday, 30 December 2017

By AZIZUL AHMAD

KUALA LUMPUR, Dec 30 (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) is upbeat over recording another good year in 2018, driven by its three Energy Efficient Vehicle (EEV) models that are...


2017 Recovery Year For Ringgit, Bnm Measures Place In Check

Saturday, 30 December 2017

By Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, Dec 30 (Bernama) The year 2017 was indeed a recovery year for the ringgit, marking a turnaround in a colourful journey supported by positive domestic developments with Bank Negara...
 

Bursa Malaysia Concludes 2017 On A Good Note

Saturday, 30 December 2017

By Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, Dec 30 (Bernama) -- Bursa Malaysia concludes 2017 on a relatively good note with positive aspects such as the stabilisation of crude oil prices, firmer ringgit, positive economic data...

 
 
 
 
 
 
Issue 196   Issue 195
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


Masnizam To Continue Tradition Of Excellence At Prasarana

KL -- Prasarana Malaysia Bhd's (Prasarana) new President  and Group Chief Executive Officer (CEO), Masnizam Hisham, is keen to continue the tradition of excellence at the company. Her appointment was...

   

Kapten Penerbangan MH122 Buat Keputusan Tepat - CEO Kumpulan Malaysia Airlines

KL -- Kapten dan krew yang mengendalikan penerbangan MH122 Malaysia Airlines membuat keputusan tepat untuk mendapatkan bantuan teknikal dari lapangan terbang terdekat sebelum mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Alice...

 
..full news     ..berita penuh
 
 
     
FAQClose

No

BERNAMA.com Xtra

BERNAMA PLUS

1

What is BERNAMA.com Xtra?

What is BERNAMA PLUS?

BERNAMA.com Xtra is a subscription based service that gives you full access to all BERNAMA.com contents. 

BERNAMA PLUS is subscription based service that gives you full access to selected BERNAMA.com contents

2

What content is available in BERNAMA.com Xtra?

What content is available in      BERNAMA PLUS?

Subcribers will be able to read all news and articles generated by BERNAMA in both Bahasa Melayu and English. News are available in the following categories:

  • Headlines
  • Top Story
  • General News
  • Politics
  • Business
  • Sports
  • Features
  • World News

Subscribers will be able to read:

  • Exclusive articles focusing on social, economic and environmental issues, latest technology, trends, fashion and entertainment, including health and wellness tips.
  • Newsbriefs@7 containing snippets of selected top stories of the day, released at 7.00 p.m. daily

 

  • Malaysia e-Biz, a weekly business bulletin which provides snippets of selected business news, events and announcements, including market reports and analyses. A Malaysia e-Biz archive is also available.

Stories and articles are enriched with high resolution photos, video footages, infographics and links to related news.

3

How many devices can I access simultaneously?

One subscriber ID is good for single access; you cannot use it on more than one device simultaneously. You need to log out before login on another device. For security purposes the system will automatically logout if the page remain idle for 30 minutes.

4

How do I subscribe for     BERNAMA.com Xtra?

How do I subscribe for             BERNAMA PLUS?

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

You can subscribe at http://subscribe.bernama.com/xtra/index.php or click here

5

Do I need to pay for the registration/subscription?

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA.com Xtra.  Click here for available packages.

BERNAMA.com Xtra:

  • Corporate – RM50/month or RM600/year
  • Individual – RM25/month or RM300/year

You need to pay a subscription fee to complete your registration and gain access to BERNAMA PLUS.  Click here for available packages.

BERNAMA PLUS:
Individual/Corporate

  • RM5/week
  • RM10/month
  • RM120/year

6

Will there be a GST charge for the subscription?

No. (Zero GST)

7

How do I register if I do not have an e-mail address?

You need to have a verified e-mail address in order to register as a member.

8

How soon will I be able to access the service?

You can access the service upon successful registration and payment.

9

Can I change the e-mail address used for my registration?

Your e-mail address will be used as your login ID.  If you need to change your e-mail address, you have to renew you registeration using your preferred e-mail address after your current subscription expires.

10

What can I do if I have problem regarding subscription/registration?

Please call our Customer Service Number at +603-2696 21047, +603-2050 4470 and +603-2059 4683 or e-mail: subscribe@bernama.com for assistance