Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com
 
  Khalid 'Membawa' Malaysia Bersama Ke Korea Selatan  
 
 

Friday, 24 February 2017

Oleh Jenny Imanina Lanong

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Muhamad Khalid Ismail tidak pernah menyangka bahawa beliau akan menjadi begitu 'glamor' setelah video mengenai penyertaannya dalam satu forum yang dianjurkan oleh sebuah stesen televisyen terkenal di Korea Selatan menjadi tular.

Rata-rata rakyat Malaysia yang menonton video tersebut kagum dengan kepetahan beliau berbahasa Korea dan memuji pengetahuannya yang meluas tentang negara yang tercinta, Malaysia. Lebih senang dipanggil Khalid, beliau yang telah menetap kira-kira 10 tahun di Korea Selatan menceritakan kepada BERNAMA PLUS mengenai penglibatannya dalam program tersebut.

"Saya terlibat dalam program ini setelah kawan yang juga peminat program tersebut mencadangkan untuk saya muncul dalam rancangan itu kerana tertarik dengan gaya percakapan saya yang santai. Tidak berapa lama kemudian saya mendapat panggilan telefon daripada produksi untuk datang ke uji bakat dan Alhamdullillah saya terpilih," katanya.

'DUTA KECIL' MALAYSIA DI KOREA

Khalid berkata beliau bersyukur kerana dapat mewakili negara Malaysia dan berpeluang menerangkan kepada rakyat Korea mengenai keunikan tanah tumpah darahnya.

Tambahnya lagi, beliau mahu memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama serta memiliki keunikan sendiri supaya lebih ramai lagi orang Korea tertarik untuk melancong ke Malaysia.

"Menerusi program berkenaan saya juga berpeluang menerangkan mengenai kemajuan dan lokasi menarik yang perlu dikunjungi di Malaysia," katanya yang kini bertugas sebagai perunding sambilan di sebuah syarikat telekomunikasi di Seoul.

Pemuda berusia 29 tahun yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini menamatkan pengajian menengah di Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu sebelum menyambung pengajiannya di Korea Selatan pada tahun 2007 setelah mendapat tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Tahun pertama di Korea, saya berpeluang untuk belajar bahasanya selama setahun di Pusat Bahasa Universiti Nasional Seoul sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di Dongyang Mirae University selama dua tahun dan dua tahun seterusnya di Korea University untuk melengkapkan perjalanan saya sebagai pelajar tajaan JPA," katanya.

HUJAN EMAS DI NEGARA ORANG


Khalid ketika menyertai satu forum yang dianjurkan oleh sebuah stesen televisyen terkenal di Korea Selatan.


Setelah memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal pada Februari 2012, beliau berasa berat hati untuk meninggalkan negara itu setelah lima tahun menetap di sana dan merasakan jiwanya sudah sebati dengan masyarakat setempat, ditambah dengan persahabatan yang terjalin dengan ramai rakan berbangsa Korea.

Lantaran itu, Khalid mencuba nasib untuk mencari pekerjaan di negara itu dan mula menghantar permohonan pekerjaan sejak semester akhir pengajiannya.

Sepanjang perjalanan itu Khalid menyedari bukan mudah untuk bersaing dengan orang tempatan namun beliau tidak mahu menyerah kalah terlalu awal.

"Seingat saya lebih daripada 40 permohonan kerja dihantar, tetapi lebih daripada 70 peratus ditolak kerana mungkin majikan tidak memerlukan pekerja warganegara asing," katanya yang suka bergaul dengan masyarakat Korea untuk mempelajari dan mengetahui budaya mereka .

Menurut Khalid cabaran utama mencari pekerjaan di Korea Selatan ialah tidak banyak syarikat di sana yang mengambil pekerja dalam kalangan warga asing kecuali individu tersebut memiliki set kemahiran yang tinggi dan pengalaman yang luas.

MENEROKA PELUANG

Menurut Khalid, jika individu tersebut memenuhi syarat-syarat di atas, syarikat akan memastikan yang calon mampu berbahasa Korea dengan baik agar mereka boleh berkomunikasi dan bekerjasama dengan rakyat tempatan.



Khalid (kanan) bersama rakan-rakan ketika dijemput ke program Abnormal Summit oleh sebuah stesen televisyen terkenal di Korea selatan. Foto: Ihsan Muhamad Khalid Ismail

"Syarikat-syarikat di Korea sangat terkenal dengan budaya yang memilih kakitangan berdasarkan ranking universiti. Sekiranya seseorang graduan itu daripada universiti terkemuka maka peluang dia mendapat pekerjaan lebih baik berbanding graduan lain," katanya.

Akhirnya menurut Khalid, setelah berpuluh-puluh kali mencuba, beliau mendapat panggilan bekerja di beberapa buah syarikat terkemuka Korea.

Mengulas lanjut tentang mengapa beliau memilih Korea sebagai tempat untuk mencari rezeki, Khalid berkata dengan pengalaman dan kebolehan berbahasa Korea yang beliau miliki membolehkannya menerokai peluang baharu dengan lebih lebih baik.

Sebagai contoh katanya, menjadi pemudah bicara atau perunding dalam mengeratkan lagi hubungan perniagaan dua hala di antara Malaysia dan Korea.

KOREA DARI KACA MATA KHALID



Meskipun berasa selesa mencari rezeki di tempat orang, Khalid berkata Malaysia tetap di hatinya. Foto: Ihsan Muhamad Khalid Ismail

Berbicara tentang negara K-pop ini, Khalid berkata beliau berasa selesa dan selamat dengan persekitaran di sana. Sebagai contoh katanya di negara itu adalah menjadi satu kebiasaan melihat orang meletakkan telefon atau beg di meja di kedai kopi tanpa pengawasan sementara tuan punya barang membeli kopi.

Meskipun berasa selesa mencari rezeki di tempat orang, Khalid berkata Malaysia tetap di hatinya.

Walau bagaimanapun, buat masa sekarang dengan peluang dan kesempatan yang ada beliau ingin menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan pengalaman di samping mencari peluang perniagaan.

"Saya masih ingin pulang dan berbakti kepada tanah air tercinta," kata Khalid.

Menyentuh tentang pandangan rakyat Korea Selatan terhadap Malaysia, menurut Khalid Malaysia memang terkenal dengan tempat pelancongan yang menarik dan rakyat Korea katanya gemar ke Kota Kinabalu, Sabah untuk bermain golf.

"Kalau di pejabat saya pula, Malaysia dikenali sebagai salah sebuah daripada negara ASEAN yang paling maju dan terdapat banyak peluang perniagaan," katanya.

-- BERNAMA

 
 
 
 
   
 
 

Local Organisations Should Experiment New Management Structure - McKinsey

Saturday, 18 March 2017

By Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Organisations in Malaysia should experiment with new agile management structure which allow decisions to be made faster and more efficiently.




...
 

Gold's Upstream Sector Grows Three-Fold To RM780 Mln In Past Decade

Tuesday, 14 March 2017

By Mohd Khairi Idham Amran

KUALA LUMPUR (Bernama) -- While Malaysia's gold industry has been dominated by its downstream sector, it is interesting to note that the upstream sector has grown three-fold in the past decade, to...


Mísia Needs To Harmonise Domestic, International Standards In Post-Trade Processing : DTTC

Sunday, 12 March 2017

By Christine Lim

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Malaysia needs to attain harmonisation between domestic and international standards in post-trade processing in enabling the country to drive further growth in the capital market....
 

Permainan Blok Binaan Tempatan Rangsang EQ

Wednesday, 08 March 2017

Oleh Zaphne Philip

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Berkonsepkan mainan binaan blok namun berbeza sekali dengan permainan blok yang lain, itulah Reqa.

Seratus peratus produk mainan buatan anak tempatan yang menekankan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan...

 
 
 
 
 
 
Issue 156   Issue 155
 
 
    ..more        
 
 
 English Version      Versi B. Melayu  
         


Dewan Negara President Receives Visit By Belarus Ambassador

KL -- Dewan Negara president Datuk Seri S.A. Vigneswaran today received a courtesy call from Belarus ambassador to Malaysia, Vladimir N. Lopato-Zagorsky at Parliament building, here.Vigneswaran said the visit was...

   

Mohamad Hasan Yakin Kemampuan TMJ Terajui FAM

SEREMBAN -- Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) yakin dengan kemampuan Tunku Ismail Sultan Ibrahim membantu melonjakkan prestasi skuad kebangsaan sebagai presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

...
 
..full news     ..berita penuh